OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 31 October 2011

Keliru

Semasa aku bekerja, aku tidak tahu sama sekali yang dia dah berpunya..Aku dapat tahu apabila aku baca blog dia...Yang lagi mengejutkan aku adalah teman lelaki dia seseorang yang sememangnya aku kenal..kawan aku sendiri semasa kami belajar di kolej matrikulasi pahang...Lagi la aku rasa keliru dan bersalah..rasa bersalah ada perasaan pada teman kawan sendiri..Tapi nak tak nak, aku luahkan jugak hari tu sebab tak dapat nak tahan perasaan ini..aku tahu dari awal-awal lagi...Cinta aku tak akan berbalas..

Masalahnya.........Dia dah....

Hmm...bermula dari detik itu la aku rasa hubungan aku dengan dia semakin jauh..tersangat jauh kerana dia tidak dapat membalas cinta aku..Sebenarnya dia dah berpunya(ada bf), tapi aku luah kan jugak apa yang aku rasa untuk menenangkan hati ini..Buat kali pertamanya air mata aku mengalir disebabkan dia..Aku memang sangat susah nak menangis, motor aku hilang pun aku boleh tahan dari menangis.Tetapi bila aku luahkan perasaan ini, air mata aku jadi murah sangat sampai aku tak boleh nak kawal dia dari mengalir keluar..Sakit nya bila hati merasai cinta.

Pengakuan

Pada petang hari yang sama, aku bercakap dengan dia dalam keadaan hati yang tersangat gelisah dan terasa kepanasan hati ini...Selepas bercakap, aku duduk atas tangga dan fikir kenapa aku jadi macam tu..Dan akhirnya aku tahu kenapa. Aku ambil keputusan untuk bagitahu pada dia...........aku duduk atas sejadah dan telefon dia balik sebab aku rasa sms tidak akan membantu...aku cakap ini kat dia.."Hmm...Buat pertama kalinya, abang dah jatuh cinta".

Sunday, 30 October 2011

klimaks kisah

Hehe...apa yang aku nak cerita lepas ni adalah kemuncak untuk kisah aku dengan si dia..Ambil nafas dulu..hmmm..cerita nya bermula masa hari raya pada tahun ini..kebetulan hari raya jatuh pada hari lahir aku.( 30/08/1991 ).Dua dalam satu..hehe..pada hari jadi la aku dapat bonus panggilan free dari celcom selama seminggu..jadi hari-hari la aku gayut sampai ada satu malam aku langsung tak tido sebab bergayut punya pasal.Tapi tak apa, syok cakap punya pasal...Dan pada 6/9/2011...Ada perubahan berlaku..Bangun je dari tidur, aku rasa gelisah dan tak tenang...aku sendiri tak pasti sebab apa...Pada hari tu jugak la emak aku cakap kat aku yang kalau dah jodoh aku, tak lari kemana jugak..Kalau aku suka kat dia..berdoa la pada ALLAH agar ada jodoh antara kami..Bila aku pergi sabasun hari tu, aku kena lecture oleh Hani(kawan perempuan masa kerja)... Dia cakap kat aku bagaimana nak tahu kalau orang perempuan ikhlas atau tidak suka kat kita..Lama jugak la aku kena..haha..Perit... tapi aku suka dengar..Dengan Abang Din plak, aku tanya dia pasal berumahtangga..Dia dah kahwin, jadi aku pun tanya la pendapat dia..Dia jawab, masalah yang datang sebelum kahwin dengan selepas kahwin sama banyak je..Cuma keadaan yang berbeza..tapi masalah lagi senang diselesaikan bila kita dah bersama.

Bulan Ramadan

Bulan ramadan adalah bulan yang paling ditunggu oleh umat islam..Didalam nya terkandung banyak manfaat bagi siapa yang mencarinya..Dan di dalam bulan tu la ada satu malam yang dipanggil malam lailatuqadar..Malam yang setiap amal dilakukan diberi ganjaran menyamai seribu bulan....Dalam bulan ini aku hanya berpeluang berjumpa dengan dia 3 kali sahaja..Satu semasa kami hantar baju dan kedua semasa kami datang ambil duit OT(over time) dan elaun..dan ketiga semasa kami berbuka puasa bersama-sama kawan sabasun..Enjoy jugak bila dapat jumpa...Sebab rindu sangat nak tengok muka dia.

Saturday, 29 October 2011

Sabasun hyperuncit..Peruncit muslim

Kali ni aku nak habis kan cerita masa kami sama-sama bekerja..Masa bekerja la masa yang banyak memupuk rasa kasih sayang antara kami berdua..Aku tak pandai berkata-kata untuk meluahkan rasa sayang, sebaliknya aku luahkan dengan tindakan aku sendiri...Antaranya adalah aku tidak benarkan dia buat kerja yang lain dari apa yang ditugaskan pada dia..Dia bekerja di kaunter timbang dan ikat telur..jadi selain dari tu bukan kerja dia..Di sabasun kami bekerja dengan konsep adik-beradik..Maknanya kerja kami meliputi seluruh department ssb(sejuk,segar,beku)..Lantai department kami perlu disapu dan dimop setiap masa..Dan itu biasanya aku yang lakukan..Jadi apabila aku nampak dia tengah mengibas lantai untuk keringkan lantai, aku terus rampas pengibas dari tangan dia dan suruh dia buat kerja kat kaunter..Yang suruh dia kibas tu supervisor aku..Supervisor aku hanya senyap je bila aku buat si dia macam tu.Yang keduanya adalah apa yang mungkin kak nora(kakak aku) nampak perubahan aku...Time kak nora jaga kaunter, aku memang kalau boleh tak nak ikat telur..sebab itu bukan kerja aku dan aku juga malu sebab tak pandai-pandai nak ikat walaupun kak nora dah ajar banyak kali. Time ramai orang aku hanya panggil kak-kak dalam bilik sayur untuk bantu kak nora jaga kaunter dan ikat telur. Tapi masa dia jaga, aku sendiri yang ikat telur tu sebab aku nak berada serapat yang boleh dengan dia..Suka sangat dapat bantu ringankan kerja dia.

Wednesday, 26 October 2011

Nak tido

hai...kali ni aku nak cerita masa aku bersama dengan dia sampai la kami sama-sama berhenti..Selepas dari hari keluarga hari tu,kami mula msg setiap malam.Balik je dari keje kami msg sampai la aku yang tertido..hehe..Aku jenis yang tido awal,manakala dia jenis yang biasa tido lewat.Jadinya aku la yang sentiasa kalah masa tu..Haaa..Bru teringat sedikit cerita selepas hari keluarga..hari jumaat tu kami kena kerja..Dah la tak cukup tido..semua orang kalau ada yang perhati dah macam zombi..Mata bengkak tahan nak tido..Lebam-lebam...Seksa gila keje hari tu..Aku pulak seharian tak sentuh buah..kepala fikir nak tido je..Last-last aku lepak dekat tempat ayam dan tido kat situ..Yang tak puas hatinya bila supervisor(asv) aku senang hati je pegi tido.Dia bagi alasan ngantuk sangat..Arrr,,rasa nak sepak je dia..Anak buah pun ngantuk jugak,tapi tak boleh nak tido lama macam dia..Kata orang,kalau susah biarla sama-sama susah.ni tidak,biar je anak buah buat keje..dia bagi arahan lepas tu lesap.cari-cari tengok tengah tido.sabo je la.hai..kalau ikut hati,memang aku nak balik tido je,,tapi bila terikat dengan komitment ni aku tak boleh nak lari..Satu hari yang memang menyeksakan buat semua staf.. Bagi mana-mana company yang nak buat macam tu,fikir la pasal staf-staf jugak..kerja yang kena buat juga sangat memenatkan..apa salah kalau amik cuti sehari..tak rugi pun rasanya...Kalau nak staf suka kat kita,biarla kita berbincang dengan semua orang dulu bru buat keputusan..hmmm..jauh lari topik aku ni..hehehe..tadi ingat nak cerita pasal orang yang aku suka,tapi skarang dah jadi tempat luahan rasa tak puas hati plak..hehe..sory.

Friday, 21 October 2011

Mula mengenali

Aku mula mengenali dia melalui sms..teringat masa tu..aku berdiri depan dia..tekad dah dalam hati ni nak mintak nombor hari tu..Aku pun sembang la dengan dia...lepas tu,pucuk di cita,ulam mendatang..tiba-tiba dia yang mintak nombor aku...suka dalam hati memang rasa nak melompat-lompat  je masa tu..hehe..sukanya..tapi kat luar buat macho je..hehe..hari tu hari khamis..sabasun buat hari keluarga bermula 11pm sehingga 5am..Dalam perjalanan ke merantau inn tu aku mula msg gen dia..aku suka msg gen dia sebab dia tidak jemu melayan karenah aku..aku pun tak beberapa pandai bertutur kata,lebih-lebih lagi dengan orang perempuan..Mujur dia boleh terima..^_^

Wednesday, 19 October 2011

bad mood

Kisah kami bagi pandangan aku..agak rumit..ni pandangan aku la..Pandangan orang lain tak pasti pulak sebab pemikiran kita semua berbeza-beza...aku akan cerita macam mana perjalanan yang singkat dapat membuat hati merasai cinta..tapi bukan pada malam ini..Bila ada mood baru aku cerita..ni tengah bad mood sebab tak boleh jawab test..

Perubahan

Mengantuknya...tapi sebelum tido..aku nak kongsi apa perubahan yg berlaku,Aku berjumpa dengan si dia semasa aku bekerja di sabasun.Hari tu hari isnin,,Dia berkerja  untuk mengantikan kak ira yang mula bercuti  bersalin..Pandangan pertama aku membuat aku terasa tertarik untuk mendekati dia..aku ni jenis yang malu,jadi aku hanya menyepi bila di depan dia..Mujur la dia ni seorang yang agak peramah..jadi dia x segan untuk bercakap dengan aku..Bermula dari kami mula-mula bercakap tu la titik perubahan dalam hidup aku..

Friday, 14 October 2011

cinta

Rasa nak cerita pasal perasaan malam ni....start crite  
Aku bukan jenis yang bergaul dengan orang perempuan,,tidak sama sekali..kecuali jika ada urusan..kalau sembang-sembang kosong tak ada la...aku mudah berkawan dengan lelaki,tetapi yang sebaliknya berlaku untuk perempuan...disebabkan rasa malu dan tak tahu cara-cara untuk bergaul dengan orang perempuan..Sampai la pada umur aku 20..Ada perubahan yang berlaku pada diri aku bila aku bekerja di sabasun hyperuncit 2..semuanya berubah...hehe..Dah malam ni..nanti aku cerita apa perubahan itu..ok..bye-bye.

Thursday, 13 October 2011

Test manderin

aku amik bahasa ketiga untuk semesta ini iaitu  manderin..penat jugak nak kena sebut satu-satu perkataan manderin..sampai berbelit lidah dan kering air liur.haha..tapi syok jugak.hehe..aku amik test tadi,ingat susah..rupanya senang je..hehe.. Nanti boleh la aku cari isteri dari bangsa cina.hehe

Lemah dalam komunikasi

Aku seorang pelajar kat utem,,walaupun dah sampai kat tahap u,tapi komunikasi aku masih sangat lemah..presentation dalam bahasa melayu pun kantoi..dalam bahasa inggeris lagi la..nasib-nasib...tak habis-habis gen malu aku...loghat terengganu aku plak memang sangat pekat,,susah nak ubah..

Wednesday, 12 October 2011

Salam perkenalan

Hai..Buah cempedak di luar pagar,ambil galah tolong jolokan,saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan...salam perkenalan buat semua..saya baru start membina blog jadi banyak yg kena explore..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...