OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 31 December 2011

selamat berjuang

Selamat tahun baru dan selamat berjuang untuk menempuh final exam nanti.

Akhir tahun

Pejam celik pejam celik ..Kita semua dah berada di penghujung tahun 2011. Di sepanjang tahun ni banyak perkara yang berlaku. Pelbagai pengalaman yang dapat kita rasai. Tak kisah la sama ada pengalaman suka atau pun duka. Semuanya kita rasa. Dalam tahun ini juga la aku bina blog ini. Tujuannya sebenarnya hanya lah untuk tunjukkan pada seseorang tapi sekarang aku nampak tujuan tersembunyi kenapa aku bina blog ini. Jadi aku akan cuba sedaya upaya berkongsi maklumat atau perkara-perkara yang berguna sebagai peringatan untuk diri aku dan juga untuk semua orang. Terima kasih kepada kawan-kawan atau sahabat-sahabat baru yang sudi membaca blog ini. Aku tak lah beberapa pandai dalam penulisan. Jadi mohon maaf jika ada salah dan silap. Mari lah kita tetapkan azam yang baru untuk tahun depan. Moga-moga tahun depan lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini. Sebagai peringatan juga untuk semua orang. Dalam kita menyambut tahun baru, beringat lah selalu yang allah sentiasa memerhati kan kita. Malaikat yang mencatat baik buruk kita juga ada di sisi kita. Jangan lah kita alpa dalam menyambut tahun baru ini. Jagalah tingkah laku dan adab pergaulan kita. Jaga lah maruah kita. Mungkin kita tak rasai buat masa ini, tapi ingat. Suatu masa nanti kamu akan merasai akibat dari perbuatan buruk itu. Apabila kamu jumpa seseorang yang baik dan kamu jatuh hati padanya. Adakah dia akan memandang mu dengan pandangan yang elok?  Adakah dia boleh menerima semua yang telah kamu lakukan dulu? Manusia ni punyai akal dan kesabaran. Fikirkan lah. Bolehkah kamu bertahan apabila kamu difitnah sesudah kamu berubah? kamu mungkin tak kisah untuk diri kamu, tapi ada ke kamu fikir untuk orang yang kamu sayangi? Mampukah mereka menerimanya dan bertahan akibat dari kebenaran yang memeritkan itu? Bila datangnya semua itu dan kamu langsung tidak ada tempat untuk berlindung dan mengadu, kamu mungkin akan fikirkan satu jalan yang paling mudah untuk lari dari semua itu. Rasanya semua fahamkan jalan yang mana? Jadi jangan la kita buat sesuatu yang orang larang. Nak menyambut tahun baru tak ada masalah, tapi jangan keterlaluan. Ingat.. Kita ni islam. Ini soalan yang terakhir. Dalam satu situasi, Ada seorang budak yang bertanya kepada ustaznya, Apakah hukum menutup aurat? Jawab ustaz itu. Hukum menutup aurat adalah wajib atas orang yang mengaku dirinya islam. Jadi satu masa, apabila budak tu dah dewasa dia tanya satu soalan kepada seorang wanita yang cantik, baik, sopan santun tapi tidak bertudung. Apa agama kamu? Dengan bangganya wanita itu jawab. Islam. Jadi soalannya, Apakah reaksi budak tadi? fikir-fikirkan lah.

Friday, 30 December 2011

menakutkan

Hari ni hari yang agak menakutkan. Silap haribulan hari ni hari terakhir aku. Aku pergi daki bukit petang tadi. Entah macam mana aku tersilap langkah masa turun bukit. Dengan kecerunan dan berat badan aku. Aku terus meluru laju turun bukit. Nak berhenti pun tak boleh. Semakin lama, semakin laju. Dah la cerun dia tinggi. Mati aku kalau jatuh. Kat 2 selekoh tu aku pusing semahu badan aku. Cuba sedaya upaya. Last-last aku nampak arah tuju aku. Pokok yang berada kat tepi selekoh tu. Aku langgar pokok tu dan peluk semahu-mahunya. Sakit juga tangan aku hasil rempuhan tu. Lebam dan bengkak kaki aku. Cuma Allhamdulilah. Aku masih panjang umur. Takut sangat-sangat tadi. Dalam hati ni dah berkata habis la aku kali ni.  Ni pengalaman aku kongsi untuk peringatan diri aku dan untuk semua. Jangan cuba-cuba untuk berlari apabila turun bukit. Bahaya sangat-sangat. Turun lah dengan perlahan-lahan.

Pengantar kejuruteraan mekanikal

Chapter 1: Basic concepts of thermodynamics


Thermodynamics is basic science that deal with energy. The name came from Greek word, therme(heat) and dynamis(power). we all know that energy is neither created nor destroyed but its transformed.

Dimensions and units
Fundamental dimensions                  Derived dimensions
Length (L)   =  meter (m)                  Acceleration (a)  =  m/s2
Mass (m)   =  kilogram (kg)              Force (F)   =  newton (N)
Time (t)     = second (s)                     Volume (V)  =  m3
Temperature (T) = kelvin (K)            Density (p)  =  kg/m3

 Weight vs Mass
- weight is a measure of how much force is applied to the matter
- mass is an amount of matter
                              W=ma
                         where, m is mass
                                  , a is acceleration
             gravitational acceleration on earth = 9.81m/s2

Thermodynamics System
- closed system( control mass) consists of a fixed amount of mass and no mass can cross the boundary. Energy in form of work and heat can cross the boundary.
- open system( control volume) is a properly selected region in space in which both the mass and energy can cross the boundary.
- isolated system is a system which mass and energy are not allowed to cross the boundary.

Energy,E 
- macroscopic energy
  1. kinetic energy
  2. potential energy
  3. magnetic
  4. electrical
  5. surface tension  
- microscopic energy
  1. kinetic energy of individual molecules
  2. potential energy of individual molecules
  3. chemical energy
  4. nuclear energy
  •  Dynamic energy is energy that moves from place to place we treat it differently. The only form of energy that can cross a system boundary without matter transfer are Heat( Q ) and Work( W ).

Specific gravity is density of substance to the density of water ( SG = p/pH2O)
Specific weight is weight/volume or pg

Thermal equilibrium: The temperature is the same throughout the entire system.
Mechanical equilibrium: There is no change in pressure at any point of the system with time.
Phase equilibrium: A system involves two phase and when the mass of each phase reaches an equilibrium level and stays there.
Chemical equilibrium: The chemical composition of a system does not change with time, that is, no chemical reaction occur.

Isothermal - constant temperature
Isobaric - constant pressure
Isochoric - constant volume


Pressure , P = F/A
1 atm = 101,325 Pa = 1.01325 bar = 14.7 psi

Barometer - used to measure atmospheric P, P = pgh  .The pressure is often measured in mmHg, 1atm = 760mmHg.
Manometer - used to compare pressure

Zeroth law - The zeroth law of thermodynamic states that the two bodies are in thermal equilibrium if both have the same temperature reading even if they are not in contact. 









Wednesday, 28 December 2011

Layak ke aku jadi kawan dia


Teruknya aku dalam berkawan. Kawan jenis apa aku ni yang menyebabkan berguguran lagi air mata dia. Dah berapa kali aku kata pada dia aku akan berasa disamping dia dan mendengar segala luahan dia. Tapi aku gagal. Aku sepatutnya mendengar keluhan dia dan memberi respon yang baik. Tapi...Aku guna ketegasan aku dan tengok lah apa hasilnya. Terus dia letak telefon. walaupun dengan cara baik, Tapi aku mengenal dia lebih baik daripada apa yang dia sangka. Dia menangis. Rasa diri aku gagal je dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan. Dia menangis di luar, aku pula menangis di dalam disebabkan kesilapan aku. Teruknya. Aku minta maaf pun terasa malu sangat. Tak tahu nak letak kat mana muka ni.

sem ini

Satu minggu lagi untuk final exam. Masa ni pula la datang macam-macam perasaan. Hehe..Yang paling ketara adalah perasaan malas. Hari-hari main dota(defend of the ancient). Apa nak jadi ni. Malasnya nak study. Aku tak tahu nak study yang mana dulu. Semuanya jadi blur. Sem ni aku ambil 6 paper.Exam bermula dari 3/1/2012 - 12/1/2012.  Antara subject yang aku ambil adalah Persamaan Dan Perbezaan( DE ), Teknologi Elektrik, Litar Elektrik 2, Bahasa Manderin, Komunikasi Teknikal 2, dan Pengantar Kejuruteraan Mekanikal. Semua subject ni merungsingkan aku.  Harap-harap aku berjaya menempuh exam kali ni. Ada banyak lagi yang aku nak buat kat UTeM ni. Jadi aku tak boleh mengalah sekarang. Pengharapan tanpa usaha adalah seperti orang yang menunggu ayam jantan bertelur. Jadi aku tak boleh cakap saja. Usaha mesti ada. Jadi jom semua study hard and smart. Lepas usaha baru kita boleh bertawakal kepada yang maha esa. Dia lagi mengetahui apa yang tersembunyi.

Sunday, 25 December 2011

Besar belaka dah

haha.. Sedar tak sedar, dah lama aku hidup. Dah 20 tahun aku berada di dunia ini. Adik-adik aku pun sama, semuanya dah besar. Tak macam dulu lagi. Pemikiran mereka pun bukan macam budak-budak lagi. Aku pula yang rasa malu apabila diberi nasihat oleh adik-adik aku. Baru aku terasa apa itu perasaan ada adik-beradik. Sekarang aku boleh mengharapkan banyak perkara dari mereka. Aku boleh luahkan apa yang tersurat dan berkongsi semuanya dengan mereka. Tambahan pula mereka lah yang membesar bersama-sama dengan aku. Jadi segala tingkah-laku dan gerak-geri aku pasti mereka tahu. Seronok apabila dapat bergurau-senda dan bergelak ketawa bersama-sama mereka. Lepas segala bebanan dan tekanan aku. Ini yang membuatkan aku terasa sangat rindu untuk pulang ke rumah. ^_^.

Cinta pada dunia dan takut mati

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;


"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Saturday, 24 December 2011

Emak ayah

 
Tiba-tiba teringat apa yang emak aku ajar. Masa kecik-kecik dulu emak aku selalu pesan jangan guna perkataan aku bila bercakap, nanti kena makan di hantu paku. hehehe. Lucu pula bila diingat balik. Kalau korang semua nak tahu, dulu aku bercakap guna perkataan saya dan tak guna pun perkataan aku ni. Jadi dulu, aku kurang bercakap sebab rasa agak jangal nak membahasakan diri ini. Semua orang guna perkataan aku untuk bercakap jadi kadang-kadang rasa malu juga nak bercakap. Tapi aku suka apa yang telah emak aku ajar dan didik. Perkataan saya dan aku berbeza. Maksud kedua-dua ni adalah sama, tapi dari segi kelembutan, kesopanan, dan ketatasusilaan kedua-dua ni amat berbeza. Kalau bercakap dengan kawan-kawan, boleh la kalau kita nak guna aku , tapi kalau dengan orang yang lebih tua atau makayah kita takkan kita nak guna aku. Kalau di terengganu, ini dikira kurang ajar dan tak hormat orang. Perkataan aku ni sebenarnya keras. Orang takkan nampak kelembutan kita jika kita guna bahasa yang keras. Berlainan pula dengan saya, kita sebut pun dan lembut apatah lagi kalau kita guna perkataan ni untuk bercakap dengan orang lain. Jadi kesimpulannya, kita kenalah guna kedua-dua perkataan ini bersesuaian dengan tempat, keadaan dan orang yang kita bercakap tu. Jangan jadi seperti pepatah ini, Disebabkan Lidah, Badan Binasa. Terima kasih kepada emak aku, Semek@Rosnani Binti Embong atas segala didikan yang telah diberikan. Terima kasih juga kepada ayah aku, Ramli Bin Ahmad kerana merotan aku sampai berdarah-darah belakang badan aku. Disebabkan rotan itu aku boleh berjaya sampai ke tahap ini. Kalau aku tak ingat sakit kena rotan itu, mungkin aku masih suka ponteng sekolah lagi. hehe ^_^. Semoga mereka dipelihara, dilimpahi rahmat senantiasa dan akan ditempatkan bersama-sama orang yang bertakwa.

Friday, 23 December 2011

Sahabat sejati ( UNIC )

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Tuesday, 20 December 2011

anime

       hai semua. kali ni aku nak kongsi sikit pasal hobi aku iaitu menonton anime dan membaca manga. Biasa la kan, budak lelaki. Cerita anime yang pertama aku tengok adalah cerita Dragon Ball. Cerita ni lah yang menyebabkan aku minat untuk tengok anime. Syok tau. Bagi yang se zaman dengan aku mesti tahu kehebatan cerita Dragon Ball dulu. Sampai sanggup ponteng sekolah semata-mata nak tengok ending cerita tu. Bukan sorang dua yang ponteng, tetapi hampir 3/4 dari jumlah keseluruhan pelajar yang ponteng masa tu. Hebatnya tarikan Dragon Ball. Sekarang ni dah banyak anime yang dah mula masuk ke Malaysia. Antara anime yang aku suka adalah NARUTO, ONE PEACE, BLEACH, ZOID, SCHOOL RUMBLE dan yang paling aku suka adalah CUNDAM. Ada banyak lagi sebenarnya sampai tak tersebut tajuk anime tu.
        Untuk manga plak. Aku start baca manga masa tingkatan empat. Aku lebih minat manga dari anime sebenarnya kerana aku dapat faham apa yang Mangaka itu lukis. Selain itu, manga juga lebih cepat dari anime. Jadi manga dulu baru anime. Aku suka tengok update yang terbaru. Tak sabar. hehe. Manga yang biasa aku beli adalah kreko, umbra dan gempak. Kreko setiap bulan mesti wajib beli sampai penuh almari aku dengan buku tu. Tapi tu dulu la masa aku tak tahu yang manga boleh baca online. Jadi aku pun baca manga kat onemanga dulu. Sekarang ni, aku baca manga kat unixmanga sebab onemanga dah tutup. Kat situ banyak manga. Pilih je yang mana berkenan. hehe..ok lah. Aku kongsi sikit gambar-gambar anime yang aku sebut kat atas.

Sunday, 18 December 2011

GOOD BYE

Someday we all will learn what the meaning of life, love, pain, meeting and parting. We also will know many things that beyond what we thought. All the experiences we got from what we do will be our guide for the better future. Someday you will gather the strength and say I LOVE U and Someday you might need to say GOOD BYE. Those two only just a few word, but the meaning is to deep and to hard for us to say its. Its too hard for us to say good bye and parting from it because we really love to release it. But, we need to say it because we know this is the better way for us. In this big world, we just don't know what we might found in the future. So, lets start the journey and search what we really want and gather more experiences in this life. What we do now is the reflection on what we will be in the future. Good bye for now and thank you for all the learning. Wish the best for all of us.

Saturday, 17 December 2011

bosan....bosan

ni la kelemahan aku.........Bosan. Bila semua orang balik dan tinggal aku sorang je, jadi lah macam ni. Ada laptop dan internet laju pun tak guna. Masih bosan lagi. Study jangan cakap la. Hampeh. Study skit pastu rehat panjang. Apa nak jadi la dengan aku ni.

Wednesday, 14 December 2011

Budak kecik

Sekarang ni aku tak boleh berfikiran macam budak-budak lagi. Aku kena faham banyak perkara. Fahami situasi dan keadaan sekeliling. Faham juga pasal perasaan dan makhluk yang digelar manusia. Bila diingat balik zaman budak-budak dulu. Aku rasa sangat rindu nak rasa zaman tu kembali. Sangat rindu. Zaman tu la zaman yang paling best. Banyak yang aku buat bersama-sama kawan-kawan aku. Sukanya. hehe. Aku rindu nak merasa zaman persekolahan dulu. Rindu pada gelak tawa kawan-kawan dan pada cikgu-cikgu yang susah payah mengajar anak muridnya yang bermacam-macam karenah.hehe. Kalau la dapat undur kembali masa ini, aku ingin kembali ke zaman itu. Keadaan sekarang dan dulu dah banyak berubah. Terutamanya pasal budak-budak. Aku perhati sekarang ni budak-budak tak ramai yang keluar rumah. Maksud aku adalah, budak-budak keluar rumah dan pergi main dengan kawan-kawan mereka. Main guli ke main bola tago dalam, crite ngejor, crite duduk, crite nusuk,(bahasa terengganu) main hantu dalam botol, main wau sampai gelap kulit sorang-sorang dan macam-macam lagi. Aku dah tak banyak nampak budak-budak main game ni. Yang aku nampak sekarang budak-budak ramai yang berada kat cyber  cafe ( CC) main game kat situ. Budak-budak yang berumur 9 tahun pun dah pandai main game online. Kadang-kadang aku sendiri terasa malu sebab tak pandai pun nak main game tu. Compare dengan diorang, kalah aku.

apa boleh buat

Apa boleh buat. Time terasa nak cakap tu la time masalah datang. Kalau tak dia terasa hati, aku yang terasa. Tak pun dua-dua terasa hati. Hilang mood dan idea apa yang nak dicakapkan. Kalau dulu aku boleh juga merajuk, tapi sekarang aku tak benarkan diri ku merajuk. Aku akan halang selagi boleh. Kalau tak boleh pun aku keluarkan apa yang terpendam tu sorang-sorang. Walaupun sekarang aku tak ucapkan perkataan sayang tu pada dia, tapi jauh disudut hati ni aku masih menyayangi dia walaupun banyak perkara terjadi. Bila kita menyayangi seseorang, kita akan terus menyayangi dia selama-lamanya selagi sayang tu tak bertukar menjadi benci. Perkara yang kita fikirkan dan harapkan tak selalunya akan terjadi. Tapi apa yang terjadi tu bersesuaian dengan masa dan keadaan jika kita renung kembali.

Tuesday, 13 December 2011

lukisan cinta

Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.

Monday, 12 December 2011

sejuk

Hari ni la hari sejuk sedunia..start dari mula kelas pagi tadi sehingga habis kelas malam ni..sejuk tak habis-habis. Dah la balik naik motor. Nak sampai ke asrama ni, terketar-ketar satu badan. Rasa nak deman pun ada juga. sejuk-sejuk.

air mata


Kenapa lelaki susah mengalirkan air mata?
► Lelaki mempunyai tahap keegoan yang sangat tinggi..(sangat tinggi)
► Lelaki bijak menyembunyikan masalah..Power la bab2 cover line nie..padahal jiwa kacau.. :)
► Lelaki mempunyai kekebalan jiwa..kurang sensitif la..kan lelaki nie ketua keluarga..bayangkan kalau   sensitif, kena marah dengan bini @ ade prob sikit, nangis..spoil je depan anak2...ngeee...
► Lelaki ada cara lain untuk melayan pasaan sedih nie..contoh, pi enjoy ngan kawan2..so, leh la lupa jap kesedihan tu..

Bila lelaki akan menangis?

► Bila kehilangan orang yang teramat2 disayangi iaitu ibu atau bapa mahupon si cinta hati yang amat3 dicintai ( isteri la..kalau awek..umm~ ada tak? ade...hehe.. :) )
► Bil lelaki ini terasa tersangat la tercabar..(tapi mesti susah nak tengok diorang nangis depan orang..)

KESIMPULAN : Semahal-mahal airmata lelaki, seandainyer gugur juga memang dia dah tak leh membendung perasaan yang dirasa...Memang dia tengah lemah la tu..masa ni la perhatian dari orang lain terutamanya dari teman yang rapat diperlukan.

masa

Dah tak lama lagi final exam. Masa semakin suntuk. arrrr...Takutnya..Aku dah tak tahu yang mana perlu aku study dulu. Test dan assingment tak habis-habis.Memang terasa tekanan tu.

Saturday, 10 December 2011

never give up



sem ni boleh dikatakan sem penentu antara aku lulus atau gagal CGPA sem ni. Aku kini macam telur dihujung tanduk je. Bila-bila masa boleh jatuh dan pecah. Harapan aku kini berada di final exam. Penentu segala kehidupan aku. Aku mengharapkan pada sesuatu yang paling susah dan ditakuti semua pelajar. Ini satu-satunya peluang aku. Subject yang aku amik sem ni semua dapat rendah. Aku boleh drop je subject tu, tapi aku tak buat. Aku rasa ini tanggungjawab aku untuk selesaikan apa yang aku mula. Apa yang aku dapat juga selepas ini datang daripada aku sendiri, bukan dari sesiapa pun. so i will never give up in  the middle of road, because we just don't know what waiting us in the end of the road.

ubah diri

hai lokman..kenapa kamu tidak boleh menghilangkan rasa malas itu? kenapa kamu tak dapat belajar dan terus belajar? kenapa kamu tak boleh ubah pemikiran kamu? kenapa kamu masih tidak bersemangat? kenapa kamu tidak dapat mengingati apa yang kamu belajar? kenapa kamu masih tak memahami apa yang kamu belajar? kenapa kamu masih macam dulu? dan kenapa kamu masih di sini????? pergi belajar nun..soh ben main banyok ngat..final dekat doh. mu nak rase kena kick ke sem ni..

Friday, 9 December 2011

final exam

Final exam dah tak lama lagi ni. Rasa takut pulak sebab test-test yang sebelum ni semuanya hancur. Jadi kena la skor dalam final nanti. Sakit-sakit. Tapi semangat kena kuatkan jugak. Aku ni pandai sebenarnya. Kalau tak, takkan boleh berada sampai ke tahap ni. Yakin boleh.

Tuesday, 6 December 2011

titisan

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”

kesucian

"... If you really love her, you won’t touch her. Not even the slightest bit. You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah. Just hold her in your heart for a few more years then you can do it the halal way ..."
 

Kesunyian

Apabila aku melepaskan sepenuhnya cinta aku datang satu perasaan yang aku sememangnya aku kenal..Kesunyian.. Bukannya kami tak berhubung seperti dulu, cuma bila hati dah tak ada perasaan cinta, hati aku jadi kosong dan sunyi. Kehidupan seharian aku pun terasa bosan bila tak ada kerja untuk dibuat. Aku sering termenung dan memikirkan apa yang aku perlu buat. Aku tak boleh biarkan perasaan itu menganggu aku. Kadang-kadang aku berfikir adakah hati aku akan dipenuhi semula dengan kedatangan insan yang lain. Aku tak pasti. Tapi aku masih lagi menunggu dan menanti orang yang akan memenuhi ruangan hati ini.

Saturday, 3 December 2011

lupa pada sesuatu yang paling penting

Disaat kita sangat berduka, memang kita amat perlukan seseorang untuk kita luahkan dan berkongsi rasa itu. Tetapi apabila disaat itu tiada seorang pun yang ada untuk kita, sakitnya...Tapi disaat itu juga lah aku tahu sesuatu. Maafkan aku kerana aku lupa siapa yang paling dekat dan siapa yang akan mendengar setiap rintihan aku walau apa jua keadaan. Siapa yang paling suka mendengar rintihan-rintihan aku, dan siapa juga yang tak akan sesekali meninggalkan aku yang berada dalam keadaan yang paling susah...Yang ALLAH, Maafkan hamba mu ini yang telah banyak melupakan mu..Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga mu, tapi aku tak pula sanggup untuk ke neraka mu ya allah. Kepada mu lah aku serah kan jiwa dan raga ku..Kepada mu lah satu-satunya tempat aku mengadu.

Thursday, 1 December 2011

Menghargai

Kita sangat sayang pada sesuatu yang susah untuk dapat dan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatnya. Rasa sayang itu la rasa menghargai. Kita akan betul-betul jaga ia kerana kita tahu, amat susah untuk mendapatkannya. Sama la seperti lbuayah kita. Kebanyakan orang tidak menghargai mereka semasa mereka masih berada di depan kita. Orang seperti ini lah yang rugi kerana tidak menghargai mereka. Apabila ditarik nikmat ibu dan ayah, mula la kita rasa menyesal. Menyesal kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jadi hargailah mereka selagi masih diberi peluang. Sama la juga dengan sahabat . Hargailah mereka yang sentiasa ada apabila kita susah dan senang. Sahabat yang macam ini lah sahabat yang paling susah untuk dicari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...