OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 2 April 2012

ilmu Itu Cahaya


Imam Syafi`i berkata,
“Aku mengadukan perihal keburukan hafalanku kepada guruku, Imam Waki’ bin Jarrah. Guruku lalu berwasiat agar aku menjauhi maksiat dan dosa. Guruku juga berkata, ‘Muridku, ketahuilah bahwa ilmu itu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang-orang yang suka berbuat maksiat.’”

Ibn Al-Qayyim menulis bahawa,
Sesungguhnya ilmu adalah sinar yang diletakkan oleh Allah di dalam hati, sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut”.

Banyakknya ilmu aku yang telah dipadamkan oleh perbuatan maksiat. Nak lari dari maksiat bukannya senang seperti menyebutnya. Ianya memerlukan keteguhan hati dan keimanan yang kuat untuk lari daripadanya. Kesabaran juga amat penting untuk menahan diri dari terus melangkah ke lembah durjana itu. Banyak kali aku cuba untuk lari dari maksiat tetapi aku rasa diri aku masih gagal dalam mengawal hati dan nafsu ini. "ya allah, bantu lah hambamu yang lemah ini dari godaan-godaan yang boleh merosakkan diri dan jauhkanlah aku dari sebarang maksiat yang dapat memadamkan sinar cahaya ilmu diri ini... Amin,"..

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...