OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 17 April 2012

Pengalaman Bersunat Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sebelum ni aku ada postkan pasal berkhatan kan.. Ingat tak lagi???..Kalau masih ingat bagus lah.. Aku dah pun janji nak cerita pengalaman aku berkhatan.. Berkhatan ni bahasa standard sangat laa.. Aku ubah jadi bersunat.. Ok tak?..hehe...

Seingat aku, aku bersunat dalam cuti sekolah, masa aku darjah 5 dulu.. Time tu kampung sebelah aku buat satu majlis bersunat beramai-ramai anjuran Parti Pas.. Bayaran yang dikenakan hanya Rm10.. Murah la kalau kira. Ayah aku pun apa lagi.. Terus letak nama aku dalam list tu.. jeng, jeng, jeng...

Pada hari yang ditakdirkan tu, aku bersiap awal pagi lagi.. Kali ni ayah aku sendiri yang hantar aku pergi bersunat.. Biasanya ayah aku susah nak hantar aku pergi mana-mana pun.. Semuanya aku kena buat sendiri. Katanya.." kaki kan ada, jalan la sendiri,"..hmm.. Tegasnya ayah aku tu... Tapi jangan buruk sangka ekk.. Ayah aku tu penyayang tau..Hehe.. Kalau ada masa nanti aku tulis satu post khas pasal kasih dan sayangnya ayah aku pada anak-anaknya.. Insyallah..

Fuhh.. hampir lari dari tajuk asal.. Hehe.. Aku sambung balik.. Hari tu hari rabu, kalau tak silap aku la.. kalau silap minta ampun dan minta maaf banyak-banyak..  Apabila aku sampai ke tempat bersunat tu.. Aku kata pada ayah aku.."Ramainya orang yang nak bersunat"..Dengan kuatnya..  Bila tengok banner, Majlis Berkhatan Beramai-ramai.." Ohh.., Lembap la kau lokman... Nama pun majlis berkhatan beramai-ramai.. Memang ramai la orang yang datang.. Ape daa.".. Kata suara hati aku pulak..  Aku tertunduk malu.. Hehe.. oklah.

Apabila semua dah bersedia, aku pun melangkah masuk kedalam tempat bersunat dan tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit.. Arrrrrrr.. sakit.. Ayahhhh... Sakitnya... Arrrrr...     
     
Bersambung...

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...