OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 20 April 2012

Pengalaman Bersunat Part 3

Ingin aku ingatkan pada semua.. Perkongsian pengalaman yang aku ceritakan ini adalah berdasarkan diri aku sendiri.. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.. Semuanya hanyalah untuk perkongsian ilmu semata-mata..Ok.. Biaklah.. Aku sambung balik dari cerita yang lepas.. Akhirnya sampai giliran aku untuk bersunat setelah nama aku dipanggil.. huh.. Nak tak nak, aku tak boleh lari dah.. Dah sampai masa untuk aku melalui apa yang setiap muslim lalui..

Berdebar sangat-sangat bila aku berbaring diatas tilam itu.. Bertemankan ayah aku disisi, proses bersunat pun bermula.. Ianya dijalankan oleh dua orang tok mudin yang bertauliah.. Fuhh.. Kepada adik-adik kat luar sana yang masih belum bersunat, sila pesan pada emak ayah korang supaya periksa, sama ada tok mudin itu bertauliah atau tidak.. Perkara ni penting tau.. Kita tak nak barang yang paling berharga itu rosak kan?.. Jadi ambil tindakan awal-awal..

Proses ini bermula dengan tok mudin mencucuk ubat penahan sakit pada adik itu.. Bilangan jarum yang dicucuk bergantung pada keadaan adik tersebut.. Kebiasaannya 5 atau 6 kali jarum dicucuk pada tempat yang berbeza untuk menghilangkan rasa sakit buat sementara waktu. Sakit juga bila dicucuk berkali-kali ni.. Arrhhh.. Lepas itu proses mempercepatkan kesan ubat tersebut pulak.. Biasanya doktor atau tok mudin tunggu untuk ubat itu memberi kesan.. Tapi bila bersunat ramai-ramai ni, masa amat penting.. Jadi tok mudin akan buat sesuatu mengikut cara masing-masing..^_^. Fikirlah sendiri.

Masa berlalu dan tok mudin akan bertanya sama ada kita rasa sakit atau tidak.. Kalau tidak, tok mudin akan jalankan langkah yang seterusnya.. Kali ni alat seperti penyepit digunakan pada adik kita untuk melepaskan kulit yang hendak dipotong sehingga sampai ke takak.. Kalau orang yang dah lepas kulit itu awal-awal, bagus lah, sebab tak akan rasa sakit.. Kalau tak, sabarlah dengan rasa pedih itu.. Aku dah merasa pedihnya sebab ubat penahan sakit belum betul-betul berkesan semasa tok mudin melepaskan kulit.. Mengeliat aku menahan sakit tu.. Tapi nasib baik aku ni hebat.. haha.. Kalau tak, jadilah macam sepupu aku..Menangis..

Selepas itu, ayah aku suruh aku tutup mata dengan kain batik yang aku pakai masa itu.. Bertujuan untuk mengelakkan rasa takut melihat proses yang berlaku seterusnya.. Kebetulan masa itu ubat yang telah dicucuk memberikan kesan.. Jadi aku langsung tak rasa apa-apa.. Proses seterusnya pun aku tak tahu apa yang terjadi.. Sedar-sedar proses bersunat itu dah selesai.. Terkejut aku apabila ayah aku bagitahu dah selesai.. huh.. Cepatnya.. Kepala aku penuh dengan persoalan sebab cepat sangat selesai...?????? Bila fikir balik baru aku perasan, aku tertidur masa tok mudin melakukan proses mengunting dan menjahit.. Ooo.. patut la.. hehe..

Akhirnya aku dah selamat menjalani proses bersunat buat pertama kalinya dan yang terakhir.. Hehe.. Semoga anda semua dapat info yang berguna dari apa yang aku kongsi ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...