OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 7 April 2012

sunyi sepi

Semua kedai tutup hari ni.. Lapar.. huhu.. Hari ni hari pertama cuti pertengahan sem .. Aku tak balik kampung kali ni sebab nak save duit punya pasal,, Ayah aku pun suruh stay sini je.. Tak payah balik lah.. Huhu.. Jadi aku pun duduk lah sorang-sorang kat dalam bilik ni.. Terasa sunyi yang amat sangat. Huhu..Nak balik kampung..

Dah la semua kedai tutup dalam masa seminggu ni.. Haiihh.. Maggi, kaulah teman hidup ku.. huhu.. sedih.. Hari ni boleh pulak terasa hati pada seorang hamba allah ni yang balik tak bagitahu langsung. Orang tanya ada sakit ke tak, dia jawab tak sakit.. Tapi nampak gaya semalam macam ya..hee..Last-last hari ni baru tahu yang dia dalam perjalanan balik kampung semalam.

Ohhh.. patut la.. Baru aku tahu kenapa dia macam tak sihat je.. Aku sepatutnya tak boleh terasa hati dengan dia kan??  betul tak?.. aku tak berhak pun nak menyuruh dia bagitahu apa yang dia tengah buat. Ikut dia lah nak bagitahu atau tak.. Bagitahu yang betul atau pun yang salah.. Aku langsung tak ada hak. Hai hati.. Kenapa sampai sekarang kau masih terasa dengan dia.. Padahal akal dah bagitahu apa yang patut kau lakukan.. Kenapa kau masih susah untuk dengar kata akal ni??!!.. Kau tengok dia sakit je, kau yang jadi gelisah.. Kenapa??

Hai hati.. sudah-sudah lah tu.. Bukan ke dia dah ada orang yang boleh jaga dia.. Jadi tak payah lah risau dengan sakit yang sedikit tu.. Dia sakit sikit je.. Tapi kenapa kau asyik risau macam dia tu tengah berada dalam wad icu??.. sudah-sudah lah tu.. Kalau dia sakit kuat, memang patut la kau risau.. Tapi ni dia tak makan pun kau risau.. Haii.. apa nak jadi dengan kau ni haa.. HATI..

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...