OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 24 May 2012

Automatic Plant Irrigation System

Allhamdulilah.. Kelas cct dah pun tamat.. Pemenang Final Project untuk menjadi wakil kelas dah pun diumumkan.. Tahniah kepada kumpulan Triple A yang dah berjaya dengan Project Automatic Plant Irrigation System.. Aku akan buat liputan pasal pertandingan ini minggu hadapan..

Sedikit penerangan ringkas tentang Project Automatic Plant Irrigation System daripada wakil kumpulan Triple A..   
Amir Nashrul Bin Abd Jalil
 

Project Automatic Plant Irrigation System ini berkonsep kepada automatic plant system yang sedia ada, tetapi telah diubah suai dengan menambah sensor untuk mengesan kehadiran kelembapan di dalam tanah.. System ini akan beroperasi apabila tanah dikesan mengalami kekurangan air. Ia dilengkapi dengan timer untuk menentukan masa dan kuantiti air yang dikehendaki untuk penyemburan tanaman.

Project ini dapat menjimatkan tenaga kerja manusia dan mengelakkan pembaziran air. Selain itu, project ini juga dapat meningkatkan mutu hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan lain-lain lagi.. Kos model untuk project ini adalah RM 70. Untuk scala yang sebenar, harga project ini masih tidak diketahui. Apabila sudah siap prototype, baru boleh dinyatakan harga yang sebenar..

Terima kasih pada Amir Apong atas kerjasama yang diberikan... salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...