OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 28 May 2012

Dataran Pahlawan Negeri Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Arrr.. geramnya.. Line boleh putus plak time aku baru nak sudah tulis tadi.. Dah la tak save lagi.. Hilang macam tu je.. Stresss ( ayat Gary dalam Running Man).. Aku malas dah nak tulis sekali lagi semua itu.. Jadi secara ringkasnya aku nak kongsi gambar-gambar yang aku ambil semasa buat project titas. Sory gambar kurang menarik sebab aku guna hp N70.. Nak beli kamera, duit tak cukup.. Terpaksa lah guna N70 yang masih setia dengan aku tu..

 
Abang macho.. Hehe
Tempat ini berada didalam pusat beli-belah di dataran pahlawan. Ikan koi disini amat jinak.. Korang boleh main-main dengan ikan disitu.. Tapi kalau korang kena gigit, jangan salahkan aku.. ^_^.

Naruto posing baik dihadapan memorial pengisytiharan kemerdekaan.. hehe.. Terima kasih sebab jadi pemandu pelancong kitorang..
Ini antara kesan-kesan tinggalan para penjajah zaman dahulu yang menjadi tarikan utama pelancong untuk datang kesini.
Ini tempat yang paling special.. Tempat ini adalah didalam tinggalan sejarah diatas..  korang nampak lelaki yang tengah melukis tu.. Nama dia adalah Daniel.. Abang Daniel memang hebat melukis. Dia menghasilkan lukisan berdasarkan memorinya, tentang tempat, orang dan lain-lain lagi. Bila melangkah masuk kedalam, aku terpegun melihat lukisan-lukisan yang begitu cantik dipaparkan disitu. Terus berhenti tengok.. Perhh.. Terbaik. Kualiti lukisan itu aku agak bernilai dalam ratusan ringgit. Dan yang paling menarik minat aku adalah lukisan disitu semuanya asli. Bukannya Photocopy. 

Aku sempat berbual dengan abang Daniel pasal pelancongan dimelaka. Rasanya aku berjumpa dengan orang yang tepat. Abang Daniel ni memang arif dalam sejarah. Bagi dia, pelancong zaman dulu lebih ramai datang ke melaka berbanding sekarang. Kenapa??.. Sebabnya kerajaan negeri melaka tidak menjaga dan memulihara tempat-tempat bersejarah disitu dengan sebaiknya. Pelancong datang untuk melihat sejarah.. Bukannya datang untuk melihat bangunan-bangunan dan tempat yang baru.. Jadi harapnya kerajaan negeri melaka alert pasal ini. 

Ini lukisan yang aku sempat beli.. Harga lukisan ini boleh dirunding dengan abang Daniel. Nasib baik aku datang masa hari guru. Dapat promosi RM10 satu keping..hehe ^_^.


Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...