OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 22 May 2012

Ilmu Metafizik

Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kuwujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud "selepas") dan φυσικά (physiká) (bermaksud "yang mengenai alam").. "Yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti :

* Apakah sifat realiti?
* Di manakah tempat manusia di dunia?
* Adakah warna objektif atau subjektif?
* Adakah dunia wujud di luar minda?
* Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?

Antara ilmu metafizik yang baru aku belajar dari lecturer adalah pernomboran daripada 1 sehingga 9.. Ianya merujuk kepada ciri-ciri yang ada pada manusia..
  1. Berjaya- Dialah orang yang pertama akan berjaya, tetapi kalau gagal.. Dialah juga yang pertama akan gagal dengan teruk..
  2. Popular- Dia amat popular dikalangan masyarakat sekelilingnya.
  3. Kasih sayang- Orang yang mempunyai nombor ini amat sesuai dijadikan calon suami atau isteri kerana dirinya penuh dengan kasih sayang.
  4. Kedamaian- Nombor ini adalah nombor mati( boleh berubah kepada nombor yang lain mengikut keadaan)
  5. Cantik- Biasanya siapa yang bernombor 5 adalah seorang yang cantik. Khususnya pada kaum wanita.
  6. Baik hati- Seorang yang baik hati.
  7. Bernasib baik- Ramai yang dengki dengan orang yang memegang nombor ini kerana dirinya sentiasa bernasib baik.
  8. Nasihat- Dia seorang yang suka menberi nasihat dan teguran kepada orang lain.
  9. Tegap- Banyak tertumpu pada kaum lelaki. Orang yang memegang nombor ini adalah lelaki yang sejati.
Cara untuk mengenal pasti nombor pada diri kita adalah seperti berikut.. Tulis tarikh lahir anda... Seperti contoh...
30 03 1991 

Selepas itu tambahkan 3 + 0= 3.. , 0 + 3= 3,... 1 + 9 apabila ditambah menjadi 10... Daripada 10, hasil tambah 1 + 0 akan menjadi 1.. Sama juga dengan 9 dan 1.. Hasilnya akan menjadi 1..

30 03 1991
3 3 1 1
Kemudian 3+3= 6, dan 1+1= 2,
30 03 1991
3 3 1 1
 6 2

Akhir sekali.. Tambah 6 dan 2 menjadi 8.. Itulah nombor anda..

30 03 1991
3 3 1 1
6 2
8

Ilmu yang aku kongsi ini adalah untuk informasi sahaja.. Jangan pegang seratus peratus dengan apa yang telah diperkatakan.. Ingatlah, kita sendiri yang membentuk personaliti diri kita.. Bukannya orang lain..Allah tidak akan mengubah nasib seseorang selagi dirinya tidak berubah..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...