OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 18 May 2012

Kenapa Aku Buat Blog??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tertarik dengan entri Abg Ben Ashaari yang bertajuk, Putus asa dengan blogging!.. Aku syorkan kepada semua blogger untuk  baca apa yang telah abg Ben Perkatakan..  Kenapa Kita Buat Blog???

Sejujurnya aku buat blog ini pada permulaannya adalah untuk menunjukkan kepada orang yang aku sayang, aku pun boleh buat blog seperti dia.. Aku explore sendiri bagaimana untuk membina blog ini tanpa pengetahuan dia.. Pada awalnya memang mencabar sebab aku tak tahu apa pun pasal function yang ada dalam dashboard tu.. Nak tanya.. Tak ada seorang pun kawan aku yang mempunyai blog masa itu.. Jadi aku terpaksa explore satu persatu... Memang lama nak siapkan blog ini..

Blog yang tersergam indah ini dahulunya bukan seperti ini.. Tak ada langsung, orang yang datang ke blog aku dalam 3 bulan pertama kecuali kawan-kawan facebook.. Itu pun tak ramai.. Diorang masuk pun sebab nak baca entri pasal cinta pertama yang masih on going masa tu.. Kalau korang masuk blog ini masa tu, pasti dapat kesan serta merta yang aku ni adalah beginner.. Itulah permulaan blog aku ini..

Apabila apa yang aku inginkan tak dapat.. Mula lah angin aku berubah.. Rasa nak je tinggalkan blog ini.. Tetapi akibat dari keseronokan aku untuk menulis dan menyampaikan cerita, aku tak berpisah dengan blog ini.. Aku terus setia dengan blog ini walaupun aku dan blog ini telah ditinggalkan oleh pembacanya yang sebenar... Tak apa lah.. Life must go on.. ^_^..

Selepas ditinggalkan, aku pun buat blogwalking blog-blog korang semua.. Dari situ lah munculnya matlamat yang baru buat aku terus setia berblogging..    Bersambung........

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...