OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 19 May 2012

Kenapa Aku Buat Blog???

Ini sambungan entri yang lepas.. ,,

Selepas ditinggalkan, aku pun buat blogwalking blog-blog korang semua.. Dari situ lah munculnya matlamat yang baru buat aku terus setia berblogging.. Blog ini bukan lagi untuk menunjuk-nunjuk tetapi ruang untuk aku berkongsi ilmu dan meluahkan perasaan..

Blog-blog yang aku lawati banyak memaparkan ilmu-ilmu yang baru dan sangat berguna.. Jadi apa salahnya kalau aku postkan sesuatu ilmu seperti contoh, Penjelasan Asmaul Husna, ilmu Faraid ( akan datang ) dan lain-lain lagi.. Aku bukan harap apa yang aku post ini dibaca serta merta.. Tidak!!..

Aku harap suatu hari nanti, ada orang yang akan mencari ilmu yang aku sampaikan dan gunakannya dengan sebaik mungkin.. Mungkin dia boleh sampaikan ilmu yang dia dapat kepada orang lain di kemudian hari.. Itulah harapan aku.. Aku juga gunakan blog ini sebagai tempat untuk aku meluahkan perasaan.. Daripada aku terus simpan dan depress.. Baik aku luahkan agar hidup aku menjadi lebih baik..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...