OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 15 May 2012

Ketentuan ilahi

Semalam aku memang tak boleh nak cakap apa..Redha je la.. Aku ada seorang kawan ni.. Mula-mula aku tanya khabar dia dalam facebook time dia online.. Tunggu punya tunggu tak balas.. Internet masa tu pun dah buat hal.. Jadi aku tutup terus laptop dan bertolak pergi kelas..

Time balik kelas aku dan kawan-kawan pergi ke bandar cari barang untuk buat project.. Sepanjang perjalanan aku dah rasa tak senang hati.. Traffic light asyik merah je tanpa henti.. Sampai ke kedai, barang yang dicari pula tiada.. Memang frust.. Dalam frust-frust macam tu aku buat silap pula semasa bawa motosikal... Memang silap aku sebab cepat sangat masuk line orang lain..

Tiba-tiba je dengar hon kereta.. Aku tengok cermin dan saat tu juga lah aku kata dalam hati ni bila nampak kereta tengah laju datang dari belakang aku.." habis lah aku".. Time ni redha je.. Tapi kali ni aku bernasib baik sebab tuan punya kereta tu sempat brek.. Jantung aku  masa tu dah jatuh berderai.. Aku tak boleh nak berkata-kata apa-apa pun.. Lidah aku kelu.. Aku nampak jelas macam mana kereta itu datang laju dari belakang.. Ahh.. kalaulah brek itu rosak.. Mungkin aku dah tidak dapat menulis disini lagi.. Terketar-ketar badan selepas aku parking motor di asrama aku.. Boleh rasa macam mana tangan ni mengeletar semasa pegang helmet.. Takut, memang takut....

Itulah kesilapan terbesar aku sepanjang bawa motosikal.. Memang jadi pengajaran yang berguna pada aku.. Trauma sampai hari ni tak habis lagi.. Dengar bunyi hon je aku jadi terkejut... Boleh rasa lagi perasaan kenderaan datang dari belakang dengan laju nak langgar aku.. Ahhhhh.. Itu lah yang terjadi kelmarin..

Malam tu pula aku hantar msg pada kawan aku.. Biasanya aku akan cari seseorang untuk menenangkan hati ini.. Jadi aku hantar msg satu keping.. Aku tunggu sambil harap dia balas.. Tunggu, punya tunggu, telephone aku tu tak berbunyi langsung.. Mungkin dia dah tidur kot..kata aku.. Jadi aku hantar ucapan selamat malam dan sedikit kata-kata yang aku tak sempat balas dalam facebook tadi..

TETAPi.. Bila aku nak set masa dalam telephone tu barulah aku perasaan yang telephone aku tu tak ada line..offline.. Maknanya msg last aku tak dihantar... Jadi aku restart balik handphone dan tengok ada msg yang sampai.. Bukan satu.. tetapi dua.. Ahh... Msg kedua tu menyebabkan aku boleh kata, teruknya hari aku semalam.. Disebabkan kesilapan aku semalam, mungkin selepas ini aku dah tak dapat msg dengan dia lagi.. Dia ada juga telephone no aku satu lagi.. Tetapi aku tak perasan sebab dalam mod silent.. Telephone tu aku jarang-jarang je guna.. Jadi tak perasaan ada call..  Lagi sekali aku buat silap.. Ahh.. tak ada rezeki.. Nak buat macam mana.. Terima je lah..

Terima kasih.. salam dari pantai timur..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...