OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 4 May 2012

Musim Kekeringan Idea

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ^_^.. setiap hari aku buka blog ini.. Biasanya banyak je perkara-perkara yang ingin aku tulis. Tapi kali ni.. Aku dah tak ada idea nak kongsi apa dengan korang semua.. Hai.. rasa kecewa je bila tak ada idea.. ;-(.. huhu.

Aku ada banyak bahan rujukan dalam laptop ni.. Tapi rasanya bahan-bahan tu dah tak sesuai untuk dikongsi dengan korang semua.. Mood blog aku sekarang adalah pasal diri dan pelajaran aku sekarang.. Bukannya pasal hati dan cinta lagi..  Kalau korang nak tahu pasal cinta pertama yang aku masih tak boleh lupa tu.. Just tekan disini.. Atau, tengok sebelah kanan blog ini.. Kat situ ada tertulis cinta pertama.. Kalau berminat, baca lah.. Kalau tak menarik, jangan salahkan aku ya.. ^_^

Berbalik pada tajuk asal.. Aku tengah memikirkan apa lagi yang perlu aku kongsi disini.. Hmmm.. Tak boleh jadi blogger lah macam ni kalau tak tahu nak tulis apa.. Apa la aku ni... hmm.. Haaaaaaaaa.. Penjelasan asmaul husna.. Rasanya lama dah aku tak sambung sejak entri aku yang terakhir.. hehe.. Dapat dah idea..

Aku berminat dengan nama-nama Allah ini selepas aku dengar ceramah ustaz Azhar Idrus.. Katanya," Ganjaran syurga buat seseorang yang betul-betul menkaji dan memahami setiap maksud yang ada pada nama-nama Allah.".. Jadi bermula dari hari itu, aku terus pasang niat.. Aku ingin belajar makna nama-nama Allah.. Kebetulan ada buku yang menjelaskan maksud-maksud tersebut.. Jadi aku beli satu..^_^.

Aku baca buku tersebut helai demi helai.. Cuba faham apa maksud yang cuba disampaikan.. Rupa-rupanya banyak perkara yang tersembunyi didalam 99 nama Allah itu.. Nama itu bukan sekadar nama sahaja.. Tersembunyi banyak kebesaran dan kehebatan tuhan yang telah menjadikan kita semua sebagai khalifah.. Disitu jugalah terdapat kebenaran.. Kebenaran bahawa Allah maha esa.. Yakni, Allah hanya satu...

Seperti yang telah kita semua lafazkan.. " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku juga naik saksi bahawa nabi muhammad itu pesuruh Allah.".. Sebagai seseorang yang telah mengaku dirinya islam maka yakinlah bahawa agama islam adalah benar.. Islam adalah satu-satunya agama yang telah diredhai oleh Allah.. Agama islam juga agama yang amat mudah.. Setiap perkara yang telah digariskan oleh agama adalah untuk memudahkan kita semua.. Bukannya untuk menyusahkan kehidupan kita..

Sebagai contoh yang paling mudah.. Apabila kita dalam keadaan tertekan dengan kerja yang banyak, pasti kita akan cuba lari dari masalah itu kan?? kita akan cari suatu tempat yang aman dan tenang seperti sungai atau pun pantai untuk menghilangkan tekanan itu.. Betul ke tak??? Selain itu cara biasa untuk menghilangkan tekanan adalah dengan minum minuman yang memabukkan.. Tapi cara ini berisiko besar sebab bahan beralcohol banyak keburukannya dari kebaikan..

Kaitan contoh diatas dengan agama islam adalah agama islam menawarkan jalan yang sangat mudah untuk menghilangkan tekanan itu.. Caranya adalah dengan melakukan solat.. Ada juga segelintir dari kita semua, yang berkata solat lima waktu itu sangat menyusahkan.. hmm.. Wahai kawan, muhasabah lah diri itu kembali..

Waktu kita bersolat adalah waktu untuk fikiran kita berhenti berfikir buat sementara waktu pasal masalah-masalah dunia yang membuatkan kita sakit kepala dan juga perkara-pekara yang menyakitkan hati ini.. Waktu solat jugalah waktu untuk tubuh badan kita berehat.. Cubalah kita semua solat dengan sempurna.. Pasti kita akan merasai keindahan dalam solat.. Pasti kita rasa setenang-tenangnya..

Aikk.. Panjang pula aku tulis kali ni.. ^_+.. Aku langsung tak sedar dan jadi panjang macam ni.. Nampaknya dah sampai masa untuk berhenti menulis.. Kan tak ada orang yang nak baca pulak.. Hehe.

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...