OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 7 May 2012

Power Bank

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Malam ni aku nak kongsi satu teknologi yang sangat jarang.. Tiada dijual di kedai-kedai biasa mahupun supermarket..  Sebenarnya teknologi ini dah lama ada... Cuma ramai dikalangan kita yang tidak menyedari kewujudan teknologi ini.. Teknologi yang aku ingin perkatakan adalah Power Bank..

Secara ringkasnya, power bank ini adalah sebuah portable charger.. Charger yang boleh digunakan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.. Aku pasti kita semua tidak pernah terfikir pun yang charger telefon, mp3 atau pun ipad boleh dibawa kemana-mana sahaja tanpa perlu disambung pada power supply.. Betul tak??. Aku pun baru perasan idea ini bila aku join kelas cct..

Power Bank ini sangat berguna jika kita pergi camping ataupun dalam perjalanan yang jauh.. Masa ini kita tidak boleh nak guna charger yang lama tu sebab power supply tak ada.. Ye la..Nak cari mana soket didalam hutan atau dalam kenderaan kan??. Bila tak ingat nak charge bateri sebelum bertolak, mula la kita rasa tak senang hati.. Bila bateri dah kosong, mula la rasa gelisah sebab dah tak boleh nak bercakap atau msg dengan yang tersayang..(^_~) .. Adoi..

Jadi jalan penyelesaian pada masalah ini telah pun dicipta.. Alat ini dah pun dicipta oleh orang-orang yang ingin mengatasi masalah tersebut dan telah dipasarkan diseluruh negara.. Average harga Power Bank ini adalah dalam lingkungan seratus keatas...  Setiap Power Bank bukan hanya terhad pada satu port sahaja.. Biasanya ia boleh digunakan pada semua jenis telefon dan juga mp3.. Jadi fikir-fikirkan lah pasal ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...