OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 26 May 2012

Rindu Nak Balik Ke Rumah

Road tax motosikal aku habis tempoh 6/6/2012... Aku ada 2 pilihan.. Nak balik ke kampung atau pun suruh ayah aku postkan road tax yang baru ke sini.. Perkara ni nampak simple je, tetapi membawa dilema kepada aku.. Masuk bulan 6 nanti, cukuplah setengah tahun aku tak balik ke kampung..

Semua tahu apa yang aku cuba sampaikan.. Kan???.. Rasanya dah boleh agak pun.. Aku sebenarnya dah rindu... Bukan rindu pada kekasih ehh!!.. Tetapi aku dah rindu sangat-sangat nak balik kampung. Bila ada peluang macam ini aku tak tahu nak pilih yang mana sebab hati ni memang nak balik je.. Hati ni dah meronta-ronta nak balik walaupun hanya sekejap..

Aku tak balik cuti sebelum ini sebab nak berjimat. Satu minggu aku duduk disini sementara kawan-kawan aku yang lain bersuka ria di rumah masing-masing. Masa tu tak la terasa sangat. Apabila dah lama.. Kerja bertimbun-timbun.. Test pun teruk.. Memang aku terasa rindu sangat nak tatap wajah emak ayah dan adik-adik aku yang lain.. Aku juga dah rindu pada kampung, tempat aku membesar dan tempat yang dapat memberikan kedamaian kepada aku.

Aku masih belum berbincang dengan emak ayah aku pasal aku nak balik kampung. Aku harap aku dapat balik. Rindu sangat-sangat ni. Kalau tak dapat balik jugak, sabar je lah. Ya Allah!! Kuatkan lah hati ini dengan dugaan yang kau berikan kepada ku ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...