OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 14 May 2012

Segmen: Kenangan Bersama Guru

Aku terjumpa segmen ini semasa buat blogwalking tadi.. Segmen ini dianjurkan oleh Dieyna.. Korang boleh tekan disini untuk join segmen ini sebelum ditutup 16 mei nanti.... Tinggal dua hari je lagi..Oklah..
Sebenarnya aku tak ada banyak kenangan bersama guru yang special..Semuanya biasa-biasa je..
Aku pun bukannya menonjol di dalam kelas.. Jadi aku ada ke takde.. Tak ada siapa yang peduli.. Itulah diri aku..

Seingat aku, guru-guru yang mengenali diri aku ini hanyalah guru yang berada disekolah teknik wakaf tembusu.. Disekolah ini lah aku mula merasai bagaimana disayangi oleh guru, diberi perhatian dan dikenali.. Disini jugalah aku merasai bagaimana menjadi seorang pelajar cemerlang dan juga menjadi pelajar yang diberi harapan untuk mencapai misi dan visi sekolah..

Disekolah ini aku mula belajar sesuatu.. Guru adalah kawan baik kita semua.. Mereka tidak sesekali ingin melihat kita mendapat kegagalan.. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk membantu kita semua mendapat kecemerlangan walaupun susah.. Kita semua sering kali memberikan kesusahan pada guru kita.. Kita buat keras kepala dan buat tak tahu je.. Tetapi guru kita tidak pernah berputus asa mengajar kita.. Mereka tetap datang ke kelas dengan senyuman dan mengajar dengan tekun.. Itulah sifat-sifat guru yang pernah mengajar aku dulu..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...