OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 8 May 2012

'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini aku dapat jemputan Giveaway daripada Kak Mala Nasohah yang bertajuk Thank You Cikgu.. Alang-alang dah hampir 16 mei, jadi aku buat keputusan untuk join giveaway ini.. Kalau nak join, klik lah disini.
Antara hadiahnya adalah:
 
  • Tudung Pearl Haya Selection Gallery
  • Mini Perfume Ralp Lauren  Romance
  • Exclusive Pencil Case
 Tarikh : 30 April 2012 sehingga 16 Mei 2012 
Bila diimbas masa sekolah dulu.. Macam-macam peristiwa yang berlaku.. Manis, pahit, masam, masin.. Semuanya ada.. Peristiwa ini lah yang membuatkan aku terasa rindu untuk kembali ke zaman sekolah..
^_^
Aku akan ceritakan sedikit sahaja pengalaman aku masa sekolah dulu.. Yang selebihnya, aku akan ceritakan masa hari guru nanti.. Insyallah.. Ok lah.. Guru yang menbuatkan aku terasa sangat rindu adalah cikgu shimah.. Cikgu matematik masa aku darjah 3.. Cikgu shimah adalah cikgu yang paling garang dan tegas yang pernah aku jumpa.. Semua pelajar sekolah itu pasti tahu siapa cikgu shimah ini.. Aku pernah dirotan, ditampar, dan ditolak hingga jatuh oleh cikgu shimah.. Sakit.. Semuanya gara-gara kerja rumah.. 

Dulu dia pernah bagi satu kerja rumah dan aku betul-betul terlupa nak buat masa tu.. Datang kelas je dia minta hantar kerja rumah.. Aku terpingga-pingga.. Sumpah aku tak ingat masa tu.. Cikgu shimah suruh siapa yang tak buat kerja itu datang ke depan.. Jadi aku dengan berat hati aku datang ke depan.. Sorang-sorang je.. Huhu..

Tahu apa yang cikgu shimah buat masa tu???
Dia datang dekat dengan aku dan tanya kenapa tak buat kerja rumah tu.. Aku pun jawab la tak ingat... Habis je aku jawab tak ingat tu terus dua-dua tangan dia naik ke pipi aku.. Sakit bos.. Masih terasa sampai sekarang.. Tapi.. Ada tapi ea.. Aku amat berterima kasih pada cikgu shimah.. Tanpa dia, aku tidak akan mengenal apa itu matematik.. 
Tag..
  1. http://kaskaskassmutt.blogspot.com/
  2. http://persissungaimengalir.blogspot.com/
Terima kasih cikgu.. salam dari pantai timur








Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...