OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 4 June 2012

Berehat Buat Sementara Waktu

 
Assalamualaikum dan salam sejahtere.. Aku nak buat sedikit pengumuman.. Mulai hari ini aku akan stop semua aktiviti sebagai blogger untuk menghadapi final exam aku minggu depan. Banyak lagi yang aku tak study. Jadi di kesempatan yang tinggal ini, aku nak gunakannya untuk mengulang kaji pelajaran.

Aku harap final ini tidak seperti final yang lepas. Kalau tak gelaplah masa depan aku. Aku akan balik semula ke melaka esok. Tiket masih belum cari, tapi harap-harap tiket ke melaka masih ada...  Duduk dirumah memang susah nak study. Bukan sebab gangguan, tetapi sebab bila ada kat rumah, diri ini automatik dalam mood cuti.. Faham-faham je lah..Opsss..


 Jeneral dah pun bagi arahan agar aku berhenti menulis.. Nak tak nak, jari jemari ini terpaksa berhenti juga.. Jeneral ada bagi sedikit ucapan.. " Selamat berjuang dalam peperangan nanti. Buat yang terbaik.. Dan yang paling penting, Come back alive.."..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...