OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 10 June 2012

Jelajah Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Negeri Melaka 2012

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Akhirnya dah selesai Jelajah Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Negeri Melaka untuk tahun 2012.. Fuhh.. Bukan main hebat lagi konvensyen ini sehingga dapat menarik seramai 1180 peserta untuk datang ke MITC Melaka.

Program ini bermula dari 7.30 pagi sehingga 1.00 petang. Konvensyen ini amat berguna kepada golongan-golongan manusia yang sering menggunakan laman sosial seperti Facebook, twitter, dan terutamanya golongan blogger seperti kita ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Melalui program yang disediakan, pelbagai informasi telah dikongsi oleh panel-panel yang berpengalaman luas.

Disini aku ingin kongsi sedikit ilmu yang diperolehi tadi melalui forum media sosial 1 malaysia yang dipengerusikan oleh YBhg. Professor Madya Datuk Dr. Abu Bakar Md Diah berserta para panelnya iaitu Encik Zul Azhar Cha, Encik Uzaidi Udanis dan juga Encik Eric Choo Wei Sern. Didalam forum tersebut, salah seorang panel mengatakan kita sebagai pengguna laman sosial adalah seorang penyampai maklumat. Ya!!.. sebagai penyampai maklumat. Macam mana?? melalui facebook atau blog-blog, kita akan menulis sesuatu tak kiralah apa pun. Dan apa yang kita tulis itu akan dibaca oleh seluruh manusia di muka bumi ini. Itulah yang dipanggil sebagai penyampai maklumat.

Jadi untuk menjadi penyampai maklumat yang berjaya kita memerlukan kemahiran. Kemahiran yang diperlukan ini ada empat;
  1. Dengar dulu apa yang diperkatakan
  2. Siasat/selidik dengan teliti pasal sesuatu
  3. Fikir tentang kebenarannya
  4. Bercakap/Tulis jika ianya adalah benar 
Selain itu, penyampai maklumat ini juga perlu mempunyai pengaruh. Seperti contoh, apabila kita letak gambar kita didalam facebook, ramai yang like. Ini menunjukkan pengaruh kita sangat kuat. Kalau kita letak dan tak ada sesiapa pun yang comment dan like, maknanya pengaruh kita sangat lemah. Memang ramai yang baca apa yang kita tulis, tetapi tidak ramai yang comment. Pasti kita rasa hampa kan?? Jadi disini ada tips untuk menghilangkan rasa hampa itu;
  1. Kita kenalah jadi media, iaitu penyampai maklumat yang baik.
  2. Letak nama kita betul-betul bukannya letak nama yang bukan-bukan.. Letak nama penuh lagi bagus.
  3. Letak gambar diri kita besar-besar.. 
  4. Dan jangan syok sendiri.
Jangan kita syok sendiri apabila kita menulis sesuatu. Terutamanya sesuatu yang berunsur fitnah untuk menjatuhkan seseorang dan juga hasutan. Selain itu, jangan kita sesekali melibatkan hal-hal kerabat diraja, badan-badan kerajaan dan pemimpin negara dalam penulisan kita. Takut maklumat yang kita sampaikan itu palsu dan menjejaskan keamanan dan keselamatan negara. Berhati-hati juga apabila meninggalkan sebarang komen di facebook ataupun dimana-mana sahaja di alam maya. Kita sudah ada undang-undang di alam maya ini. Jadi jangan komen sebarangan jikalau tidak mahu dikenakan tindakan.

Ini adalah ilmu yang boleh aku kongsikan bersama kamu semua.. Syok dapat menyertai konvensyen ini..hehe.. Walaupun dalam hati kecewa sangat sebab tak dapat memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah.. Ruginya kamera nikon itu terlepas pada orang lain.. Huhu.. Tapi nak buat macam mana. Allah tak nak bagi rezeki pada aku.. Mungkin untuk kebaikan aku juga.. Siapa tahu..  ^_^






Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...