OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 8 June 2012

Maaf Beribu Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Akhirnya dah selesai pbl aku untuk sem ini.. Walaupun tak puas hati dengan apa yang diberikan, tetapi cukup lah tu. Masa untuk study pula. Boleh la study dengan aman lepas ini. Rasa serabut apabila ada lagi kerja yang tak siap. .. Ok..

Sebelum itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada yang dah follow blog ini. Aku tak paksa pun korang follow blog ini. Blog aku ini kebudak-budakkan sedikit dengan background anime, lagu pun dari anime, wallpaper pun anime. Boleh kata keseluruhan adalah anime. Tapi nak buat macam mana.. Ini dah jadi minat aku. Korang semua ada minat tersendiri kan?? Jadi ikutlah citarasa korang masing-masing.

Last sekali, aku nak minta maaf kepada kawan-kawan blogger terutamanya yang dah follow aku dan yang datang  melawat blog aku ini, dan juga dari segmen yang aku join. Aku menghadapi masalah masa sekarang. Jadi terpaksa tinggalkan aktiviti blogwalking yang selalu aku buat. Aku janji apabila ada masa, aku akan datang melawat blog-blog korang semua. Seperti yang aku dah kata dulu," kita semua ni adalah jiran".. Tak kiralah dari atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang.. Semuanya adalah jiran. Dan adab jiran adalah ziarah menziarahi antara satu sama lain..

Terima kasih... salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...