OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 2 June 2012

Perkhidmatan Bas Yang Kurang Memuaskan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Allhamdulilah, aku dah selamat sampai ke kampung.. Walaupun ada sedikit masalah pada permulaannya, tetapi aku dah berada dirumah akhirnya.. Disini aku nak complain sedikit tentang perkhidmatan bas sebagai seorang pengguna.

Semalam, bas menuju ke terengganu sepatutnya bertolak pukul 8.30 malam. Tetapi akibat sedikit masalah bas yang ditunggu-tunggu itu tak sampai-sampai. Untuk aku sebagai orang muda tak apa la. Tapi bagi makcik-makcik yang bawa anak-anak kecil tu.. Kasihan..

Bagi aku, sepatutnya pihak peengurusan bertanggungjawab terhadap penggunanya. Tak salah pun kalau ada pegawai syarikat yang datang bagi sedikit penjelasan tentang kelewatan bas tersebut. Kalau ada ucapan minta maaf lagi bagus. Jadi tak ada lah perasaan tidak puas hati dan kecewa.

Tempat duduk tempat menunggu disitu dah penuh. Jadi ada yang terpaksa berdiri sambil mengharap bas yang ditunggu sampai. Tambahan pula keadaan disitu amat panas. Berpeluh, peluh.. Nak masuk dalam tak berani sebab apabila aku tanya kat kaunter, Diorang jawab suruh tunggu kat luar sebab tak pasti bila bas akan sampai. Kalau dah sampai diorang akan ambil terus penumpang yang ada kat situ tanpa tunggu yang lain.

Nak tak nak terpaksa lah menunggu disitu.. Aku tak nak bagitahu syarikat bas yang mana.. Tetapi aku harap semua syarikat yang menjalankan perkhidmatan ini mengambil tindakan yang sewajarnya.. Kalau tak nak rugi dalam perniagaan, utamakan pelanggan..

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...