OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 13 June 2012

Pertandingan Educational Blogging 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Tadi masa duk scroll dashboard ternampak la satu pertandingan ini.. "Pertandingan Educational Blogging 2012". Kredit buat blog ISI HATI KAMI. Setelah buat blogwalking tadi aku dapat tahu serba sedikit sejarah pasal pertandingan ini. Bermulanya hari ICT 2008, pertandingan educational blogging itu telah dijadikan acara tahunan pada Hari ICT UPSI bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia. Pertandingan 'Educational Blogging' telah sinonim dengan Hari ICT, Pusat ICT, UPSI yang menawarkan hadiah lumayan kepada semua pemenangnya.

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
  3. Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

Penilaian Blog Terbaik

Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa  pertandingan.

Kriteria penilaian:

Kandungan
Perkongsian ilmu / maklumat berkenaan subjek sekolah / IPT.
Kesahihan maklumat

Rekabentuk
Kreatif
Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
Interaktif/dinamik
Mudah difahami (user friendly)
Daya Tarikan

Nilai Tambah
Fungsi/aplikasi tambahan yang berfaedah kepada pengguna.
Maklumat tambahan yang berfaedah kepada pengguna
Pautan ke laman web yang berkaitan
Kolaborasi dengan komuniti

Hadiah Pertandingan 'Educational Blogging' 2012:
 
Hadiah 'Electronic Gadget' dan Sijil Penyertaan disediakan untuk tempat PERTAMA sehingga tempat KELIMA.
Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan

Jom lah kita sama-sama join pertandingan ini..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...