OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 26 June 2012

Second Day..Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelum tu aku minta maaf jikalau post aku ini membosankan.. Apa yang aku tulis ini adalah khas buat kawan-kawan yang mengambil kursus amalan kejuruteraan. Selain itu, post ini juga berguna kepada budak-budak engineering.

Hari ini aku dan kawan-kawan belajar pasal Software Proteus. Software Proteus ini mengandungi 3 komponen penting.

ISIS (Intelligent Shematic Input System). 
A tool to create schematic diagram, with possibility to simulate programmable ICs like Microchip PIC, Atmel etc..

ARES (Advanced Routing & Editing Software).
A tool to create PCB layouts, automatic item placement and/or routing can be achieved by importing the schamatic from ISIS 
VSM (Virtual System Modelling).
A tool to simulate your schematic / PIC

Tadi kami hanya menggunakan 2 komponen, iaitu ISIS dan ARES... Secara ringkasnya, kami menggunakan ISIS untuk membina litar lengkap. Disini juga kami menjalankan simulasi, adakah litar ini berfungsi seperti mana yang kami mahu.. Selepas itu, daripada ISIS, kami tukarkan litar lengkap itu kepada PCB board dengan menggunakan ARES. Contoh PCB board yang sudah siap menggunakan ARES adalah seperti dibawah...



Dengan Menggunakan ARES, kami buat lakaran untuk mencari sambungan yang terbaik buat litar tersebut. Biasanya kita akan menggunakan banyak komponen untuk membina sesuatu litar kan???. Kalau menggunakan litar biasa atau dipanggil bread board yang berlubang-lubang itu, pasti litar kita akan menjadi sangat rumit. Jadi dengan menggunakan ARES, kita dapat memudahkan sambungan litar tersebut dan sekali gus menjimatkan ruang pada PCB board itu.

Itulah penerangan serba ringkas tentang ISIS dan ARES.. Selepas ini aku akan sambung proses seterusnya, iaitu proses etching..

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...