OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 12 June 2012

Segmen : Tambah Follower dan Rakan Blogger

Blog yang tersergam indah ini diberi nama INFINITY. Aku mula berblogger pada 12/10/2011 dan tujuannya adalah untuk ditunjukkan kepada sesorang. Asalnya tiada niat pun untuk menaikkan blog ini. Hanya tulis post pun sudah cukup. Tak perlu buat untuk orang lain. Tetapi apabila terus berada di alam maya ini, terasa keseronokannya. Seronok apa?? haa.. Seronok la apabila ada tempat untuk aku bercakap dan menceritakan kepada orang lain apa yang aku dapat. 

Kalau bercakap biasa, apa yang dicakap itu hanya didengari oleh orang yang berdekatan dan informasi itu hanya bertahan untuk masa itu sahaja. Berlainan dengan blog.. Apa yang kita cakap dan tulis akan bertahan sampai bila-bila. Informasi yang dikongsi juga boleh diperolehi oleh semua orang. Tidak terhad kepada orang-orang yang tertentu.

Selain itu, jadi seorang blogger juga amat beruntung sebab secara tidak langsung dapat menambah bilangan kawan-kawan. Walaupun kita tak pernah bersua muka dan tak pernah berjumpa, tetapi ikatan sesama kita setaraf dengan kawan-kawan yang berada di dunia realiti. Di dalam dunia maya ini, ada orang yang kuat dan ada juga yang lemah. Aku boleh dikatakan sangat lemah berbanding blogger-blogger yang lain. 

Jadi, untuk menambahkan lagi ilmu dan meningkatkan prestasi diri ini.. Aku menjadikan Abang Ben Ashaari sebagai mentor dan ikutan dalam dunia blog ini.  Abang ben ini sangat famous. Kalau tanya pak cik google pun, pasti namanya naik serta merta.. Sama juga dengan fatin liyana.. Pak cik google siap letak fatin liyana di dalam senarai 10 carian tertinggi lagi. Itulah kehebatan kedua-dua blogger terbaik malaysia ini..


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...