OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 17 June 2012

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pertama-tamanya, syukur kepada hadrat ilahi kerana dikesempatan yang masih diberikan kepada kita untuk menghirup udara segar pada pagi ini dan juga kerana kita masih lagi diberi peluang untuk melihat kedua ibubapa kita. Bagi yang sudah tidak dapat melihat mereka, sedekahkan lah doa kepada mereka. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat.

Bersempena hari bapa yang jatuh pada 17 jun 2012, aku ingin kongsi sedikit cerita pasal ayah aku seperti mana yang telah aku janji semasa hari ibu yang lepas. Sebelum mula, aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah aku, RAMLI BIN AHMAD... Terima kasih ayah. Tanpamu didunia, tiadalah aku.

Ayah aku adalah seorang ayah yang sangat baik.. Dia sangat penyayang.. Tiada seorang ayah pun yang tidak menyayangi zuriatnya.. Buktinya aku kena rotan dibelakang badan sampai berdarah-darah. Aku kena rotan itu masa tadika. Waktu tu aku tak nak pergi belajar kat tadika sebab malu.. Malu tu tak leh cerita la.. Secret. Aku pun buat lah perangai sebab tak nak pergi.

Bila aku buat macam tu, berdas-das rotan mengenai aku.. Sakit jangan kata la. Sampai menangis aku masa tu. Aku tak ingat berapa kali ayah aku libas rotan itu. Time tu nasib baik mak aku ada.. Kalau tak entah berapa lagi aku akan kena. Nampak kejam ayah aku tu kan?? garang sangat.. kalau korang fikir ayah aku kejam sebab pukul aku semasa aku berumur 5 tahun, silap besar laa..

Aku tak pernah fikir ayah aku kejam. Malah aku fikir, itulah cara ayah aku untuk mendidik diri ini. Masa kecik-kecik dulu aku memang degil. Nakal sangat-sangat.. Kalau ayah aku tak rotan aku masa tu, aku tak tahu sama ada aku dapat jadi seorang insan seperti sekarang.

Wah! nampak baik sangat lah aku sekarang kan??.. haha.. Rasanya aku patut kena rotan macam dulu sebab semakin hari, semakin teruk perangai aku.. Bila duduk jauh dengan mak ayah, akan rasa sedikit kebebasan.. Betul tak??.. Macam-macam perkara kita nak cuba buat sampai lupa pesanan makayah.. Jadi, aku rela kena rotan buat kali kedua sampai berdarah-darah jikalau kesakitan itu dapat merubah perangai aku sekarang.

Terima kasih ayah.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...