OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 20 June 2012

Senyum


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Baru sudah tengok Euro tadi. England lawan Ukraine.. Resultnya adalah England menang 1:0.. Sebenarnya agak kecewa dengan persembahan game yang sedikit hambar. Kalau England banyak menyerang pasti game tadi tak boring gile. Apapun tahniah kepada England kerana berjaya layak ke pusingan seterusnya.
 
Aku sekarang tengah tunggu waktu subuh. Alang-alang dah dekat nak subuh, baik sembanyang dulu sebelum tidur. Kalau tidur sekarang entah pukul berapa bangun. Huhu.. Ini lah bahana sebab tak tidur malam tengok bola. Mengantuk jangan kata lah.. Aku tulis post ni pun asyik kena tekan backspace je sebab silap taip. Tak boleh nak concentrate. hmmm..

Tadi dalam dashboard aku terbaca satu entri yang menarik. Katanya, kalau kita nak menulis sesuatu, pastikan kita senyum. Kenapa ekk??... Haa. jawapannya adalah kalau kita menulis post dalam keadaan tersenyum pasti akan menyerlahkan keseronokan berblog dan akan menjadikan entri itu lebih tulus dan ikhlas. Senyum kita juga akan mempengaruhi emosi yang terkandung dalam penulisan kita itu. Jadi jangan lupa untuk tersenyum agar orang lain boleh melihat senyuman itu didalam entri kita.

Tapi situasi aku sekarang adalah 


Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...