OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 27 June 2012

Sijil Kemahiran


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Berbalik kepada post sebelum ini, aku ingin berkongsi cerita semasa aku menjalani latihan kemahiran untuk sijil kemahiran tahap 1 dan 2. Latihan kemahiran itu aku buat selepas SPM di Batu 6 Elektronik (BEE)...  Biasalah selepas spm, tiada apa nak buat. Jadi aku enroll masuk ke BEE.

Niat aku adalah untuk mendapatkan sijil tahap 1, 2, dan 3 yang setaraf dengan sijil STPM dan juga Matrikulasi.. Mengikut kata-kata lecture daripada IKBM, sijil kemahiran memudahkan kita untuk mendapat kerja. Sijil kemahiran itu menunjukkan kita mempunyai ilmu dan juga kemahiran. Majikan biasanya akan memilih seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dan kemahiran yang tinggi sebagai pilihan utama mereka. Sijil kemahiran yang telah diiktiraf itu menjadi bukti kita mempunyai pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan sesuatu kerja.

Dalam dunia sekarang yang penuh dengan persaingan.. Kita perlu mencari modal untuk meletakkan diri kita sebagai seorang yang laris dalam pasaran kerja. Ada tiga perkara yang menjadi faktor utama untuk meletakkan diri kita dalam keadaan yang terbaik untuk mendapat kerja..
  1. Pengalaman : Tak boleh dinafikan, pengalaman lah faktor yang paling penting untuk meletakkan diri sebagai seorang yang berpeluang tinggi untuk mendapat kerja.
  2. Softskill :  Skill inilah yang menjadi pembezaan antara individu. Skill ini amat penting kerana kita perlu menjual diri kita sendiri kepada majikan. Menjual diri ini bukannya mengadaikan maruah... Tidak!!.. Menjual diri diri kepada majikan bermaksud menjual potensi dan kemahiran yang kita ada untuk meyakinkan majikan, kita adalah pekerja yang dia cari.
  3. Kabel Besar :  Yang ni tak boleh kata apa-apa.. Bayangkan macam ini sudah cukup.. Ada satu tawaran kerja dan ada dua orang yang datang untuk temuduga pada hari itu.. Seorang mempunyai sijil master dari universiti yang terkenal, manakala seorang lagi itu hanya mempunyai sijil diploma dari politeknik. Softskill antara dua orang ini lebih kurang sama je.. Tapi hubungan antara orang yang mempunyai diploma itu dengan majikan adalah anak beranak. Hubungan yang mempunyai master itu majikan adalah orang asing.. Pada pendapat anda, majikan akan memilih siapa untuk mengisi kekosongan kerja itu???
Itulah realiti dunia sekarang.. Aku berjaya mendapatkan sijil tahap satu.. Tetapi aku tak berjaya mendapatkan sijil tahap 2 kerana tarikh exam itu bertindang dengan minggu orientasi matrikulasi.. Aku terpaksa memilih antara 2, ambil exam untuk sijil tahap 2 atau pun daftar masuk matrikulasi. Tetapi untuk masa hadapan aku memilih matrikulasi lebih utama dari sijil tahap 2.

Ada sedikt kerugian yang aku dapat kerana untuk mendapatkan sijil tahap 3, kita perlu dapatkan sijil tahap 1 dan 2.. Kalau tak lulus exam sijil tahap 2, kita perlu repeat sijil tahap 1. Jadi macam aku ini.. Aku perlu belajar semula dari tahap 1 dan lulus untuk layak ambil sijil tahap 2..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...