OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 11 June 2012

Tinggal 13 Jam Lagi


Akhirnya apa yang ditakuti dah digeruni oleh semua pelajar sudah bermula. Ada yang sudah pun menempuhnya dan ada juga yang baru berdiri di garisan permulaan. Hanya menunggu satu das tembakan itu dilepaskan. Entah akan terselamat atau pun tidak. Semuanya bergantung kepada usaha yang telah dilakukan dan juga pertolongan dari yang Maha Esa. Jikalau dia menghendakinya, pasti tiada siapa pun yang dapat menghalangnya.. 

Aku sedang menunggu seperti suicune di atas.. Melihat awan-awan yang bergerak mendung dari tempat yang tinggi dan melihat apa yang menanti dihadapan. "Jikalau aku ambil langkah ini, tiada lagi jalan untuk aku berpatah balik".. Entah apa yang akan berlaku kepada aku. "Adakah aku akan selamat seperti orang lain, atau adakah aku akan kecundang seperti sebelum ini??".. Semuanya masih kabur.

Ahh.. Hati penuh dengan gelisah.. Tak tahu apa yang perlu dibuat.. Hanya tinggal 13 jam lagi untuk aku buat sesuatu. Dalam 13 jam ini, adakah mencukupi untuk aku menentang sesuatu yang mempunyai hayat selama 5 bulan. Adakah ianya mustahil?? Seperti budak kecil menentang orang dewasa... Boleh ke aku menang??
Jawapannya... Aku sendiri pun tidak tahu sebab aku tidak menentang ianya lagi. Moga-moga 13 jam yang tinggal ini akan merubah takdir hidup aku.. Insyallah..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...