OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 1 July 2012

Patutkah Internet Diharamkan Kepada Anak-anak ?? - 1 CITIZEN PORTFOLIO

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Untuk post kali ini, aku ingin membincangkan berkenaan peranan ibubapa dalam mengawal tingkah laku anak-anak dalam penggunaan internet. Seperti mana yang kita sedia tahu, internet sekarang boleh diakses dimana-mana, bila-bila dan oleh sesiapa sahaja. Ada pendapat mengatakan, akses internet kepada anak-anak perlu diharamkan. Adakah anda juga bersetuju?? 

Pada pendapat saya, akses internet ini tidak perlu diharamkan kepada anak-anak. Anak-anak perlu didedahkan dengan dunia teknologi maklumat bagi meningkatkan pengetahuan selain tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu. Internet dan maklumat tidak patut dipersalahkan sama sekali. Yang salah adalah penyumbang maklumat dan pereka laman untuk kanak-kanak.

Sukar untuk membendung kandungan laman web yang tidak sepatutnya diakses daripada anak-anak. Anak-anak mungkin hanya menaip kartun dengan niat untuk melihat karakter kegemaran mereka, tetapi kita kena ingat kartun juga ada yang berunsur lucah. Jadi cara yang paling senang untuk mengelakkan laman web itu dibuka adalah dengan menggunakan web filter.

Selain itu peranan ibubapa juga penting dalam mengawal tingkah laku anak-anak. Disini disertakan tips untuk mengawal aktiviti online anak-anak anda.

TIPS Mengawal Aktiviti Online Anak Anda:
1. Letakkan komputer di sudut terbuka yang boleh dilihat.
2. Berikan kata laluan tertentu untuk mengawal pergerakan online.
3. Jangan benarkan anak anda muat turun gambar, teks atau video yang tidak diketahui asal usulnya.
4. Sentiasa berkongsi minat dengan anak agar anda tidak ketinggalan mengetahui arus teknologi terkini dalam bidang perkomputeran.
5. Elakkan memberi nombor kad kredit tanpa usul periksa kepada anak anda.
6. Berkongsi senarai nama kenalan anak anda melalui laman sembang atau Friendster dan MySpace

Sumber rujukan - almizan

e-Access, e-Literate, e-Rule, e-Safety, e-Care, e-Accountability, e-Enterprise

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...