OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 12 July 2012

AutoCAD - Kursus Amalan Kejuruteraan



Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini kami semua berpindah pula ke Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP).. Fakulti ini berada di kampus induk UTeM..  Di sini kami diperkenalkan dengan satu software yang diberi nama AutoCAD.. AutoCAD ini adalah satu aplikasi perisian yang digunakan untuk merangka dan mereka bentuk objek dengan bantuan komputer (CAD). Perisian ini juga menyokong kedua-dua format iaitu 2D dan 3D. Apa yang kami semua buat dengan AutoCAD adalah kami melukis lukisan unjuran ortografik.. Contoh lukisan ortografik adalah seperti dibawah... 



Lukisan ortografik menggunakan AutoCAd sangat mudah..Mula-mula, lukis mana-mana pandangan bongkah objek itu dengan ukuran yang diberikan..( Biasanya orang lukis pandangan hadapan atau atas terlebih dahulu).. Untuk contoh ini saya lukis pandangan hadapan dahulu.. Selepas itu, dengan menggunakan teknik unjuran ortografik, tarik garisan binaan pada bongkah yang sudah dilukis tersebut. Nampak garisan yang kurang jelas dalam gambar diatas??? itulah garisan binaan.. Garisan yang tebal dan membentuk bongkah itu pula adalah garisan objek. Apabila garisan binaan sudah ditarik, gunakan pula imaginasi untuk  melukis pandangn atas. Gunakan ukuran yang telah diberikan.. Apabila siap pandangan hadapan dan atas, kita lukis pula pandangan sisi.. Pandangan sisi lah yang paling senang untuk dilukis kerana kita hanya perlu unjurkan garisan-garisan binaan pada pandangan atas dan hadapan sehingga ianya bersilang. Unjuran pada pandangan atas mesti melalui satu garisan yang bersudut 45° sebelum diunjurkan ke bawah.. Apabila dah bersilang, gunakan imaginasi sekali lagi untuk melukis pandangan sisi tersebut. Pandangan sisi ini paling senang dilukis kerana kita tak perlu buat ukuran.. ^_^

Bagi sesiapa yang tak pernah melukis lukisan ini, mesti tak faham kan??.. Kalau berminat sila tekan disini untuk informasi yang lebih padat..

Antara lukisan yang dilukis menggunakan AutoCAD - sumber pak cik google..^_^



Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...