OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 26 July 2012

Bertarung Dengan Harimau

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelum puasa hari tu aku dengan seorang kawan aku, Khairul Afzan pergi jalan-jalan ke Taman Botanical Melaka dan terserempak dengan harimau.. Aku pergi ke situ sebab bosan duduk kat asrama.. Jadi saje nak pergi jalan-jalan.. Nanti bila start sem baru dah tak ada masa nak pergi.. Macam mana boleh tersermpak harimau kat sana??? haa.. macam ni ceritanya..


Petang tu kami masuk taman botanical melalui jalan Melaka Wonderland.. Selepas parking motosikal kami pun start bersiar-siar sambil mengambil gambar pemandangan disana.. Tengah-tengah mengambil gambar, kami dikejutkan dengan kelibat harimau yang muncul diatas terowong.. "Tengok gambar diatas".. Terkejut jugak lah kami sampai buka langkah melihat harimau itu merenung tajam..


Tapi bila datang dekat baru perasan, harimau itu adalah salah satu model yang dipaparkan disana.. Wah!! hebat juga lah orang yang mengukir model tersebut.. Nampak real.. Aku sebenarnya dah beberapa kali pergi kesana, tetapi tak pernah perasan ada harimau yang menunggu diatas itu.. Hehe.. Buat suspen je..





 Ini tetamu yang sambut kedatangan kami.

 Kisah dongeng si kancil dengan buaya..
 Kisah dongeng kura-kura dan arnab 
 Gagak yang kehausan
 Aku pun nak lawan jugak.. Come fight me if you dare.. 
















 Haiwan- haiwan zaman purba
 Muzium Perhutanan Melaka
 Perpustakaan di dalam Taman yang elegan dan mewah
Datanglah ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadi.. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...