OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 23 July 2012

Bila Lapar, Ayam Seekor Pun Boleh Habis


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nampak gambar kat atas tu?? hehe.. Tu lah gambaran apabila kita semua termasuklah aku, berada di Bazar Ramadan.. Kalau korang bukan macam ni, minta maaf ya.. ^_^.. OK.

Rasanya perkara ini sering terjadi.. Apabila berada di bazar ramadan, rasa macam-macam nak beli.. Nak beli nasi kerabu laa, kuih, martabak, roti john, ayam percik, ayam golek, satay, air dan macam-macam lagi.. Kita rasa semua boleh telan masa tu.. Betul tak?? ..hmm.. Betul kan? Ya lah, masa tengah lapar.. Tengok ayam golek seekor pun boleh makan semuanya sekali.. hmmm

Sebenarnya pemikiran sebegini tidak elok buat kita semua.. Kita asyik nak beli itu, nak beli ini.. Padahal belum tentu kita boleh habiskan semuanya.. Apabila tiba waktu berbuka kita makan satu bungkus nasi dengan segelas air pun dah mengenyangkan.. Rasa pelik kan??.. Padahal satu hari suntuk kita tak makan, tak minum.. 

Bila difikirkan balik, ini lah kelebihan buat orang yang berpuasa.. Nabi muhammad juga pernah berkata, "perut besar adalah sarang penyakit dan banyak makan adalah punca segala penyakit." 
Jadi adakah kita semua kan mengambil manfaat yang terdapat dalam ibadah puasa ini atau kita akan terus mengikut hawa nafsu yang merosak diri sendiri???.. Segala keputusan bergantung pada diri kita semua.. Fikir-fikirkan lah...

Terima kasih.. salam dari pantai timur.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...