OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 5 July 2012

Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Saya nak join segmen ini.. ^_^. sesiapa yang nak join, boleh klik banner diatas.. Bulan ramadan dah semakin hampir. Saya pasti semua orang sudah tahu apa kelebihan yang ada di dalam bulan yang mulia itu. Tapi kita ni cepat lupa kan.. Jadi suka untuk saya kongsi apa kelebihan yang ada di dalam bulan ramadan.


  1. Bulan ramadan adalah bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa. Tak kiralah sama ada dosa besar atau pun kecil.
  2. Diturunkan satu malam yang teristimewa, iaitu malam Lailatur Qadar. Malam lailatur qadar ini adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  3. Al-quran diturunkan kepada manusia di dalam bulan ramadan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-quran berserta maksudnya di dalam bulan ini.
  4. Ditutupnya pintu neraka dan dibukakan seluas-luasnya pintu syurga.
  5. Syaitan akan diikat supaya tidak dapat menganggu manusia pada bulan ramadan. Tetapi, kita kena ingat kita masih ada nafsu. Sebelum masuk bulan ramadan, syaitan akan sedaya upaya untuk menghasut dan melatih nafsu manusia agar terus melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Jadi mohonlah kepada Allah agar diri kita dapat mengawal nafsu ke arah kebaikan.
  6. Kegembiraan orang yang berpuasa adalah apabila tiba waktu berbuka kerana berjaya menghalang diri dari melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa.
Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...