OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 1 July 2012

Jenayah Siber - 1 CITIZEN PORTFOLIO

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semua orang pasti mengetahui apa itu jenayah siber kan?? Kalau tidak tahu, paling kurang pun apabila terdengar jenayah siber minda terus terbayang internet dan komputer. Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus dan bermacam lagi.

Jenayah siber ini membawa kesan yang amat merbahaya. Antara kesan tersebut adalah:
  • Kehilangan Nyawa - Tahap paling kritikal buat mangsa jenayah siber adalah kehilangan nyawa. Mangsa mungkin Diugut melalui email atau laman sosial, kemudian mangsa dibunuh dengan kejam. Ada juga mangsa yang membunuh diri akibat tekanan menjadi mangsa jenayah siber.
  • Kerugian Wang Ringgit - Ini kes biasa dimana mangsa ditipu dengan tawaran-tawaran dan hadiah yang disediakan. Kes yang paling popular adalah skim cepat kaya. Selain itu, mangsa juga dikaburi dengan laman web yang seratus peratus sama dengan yang asli. Apabila mangsa menggunakannya, semua butiran peribadi mangsa hilang begitu sahaja.
  • Kemusnahan Harta Benda - Kemusnahan data, fail, program dan maklumat oleh jenayah siber adalah kesan paling banyak berlaku di internet.
  • Maruah Diri Tercemar - Contoh paling mudah adalah penyebaran video dan gambar-gambar yang kurang elok oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Zaman sekarang, orang menggunakan Photoshop untuk mengedit gambar bagi menjatuhkan maruah orang yang tidak disukainya. 
  • Kestabilan Politik Tergugat - Sebagai contoh, ada seorang remaja menghina lagu negaraku di Facebook. Sudah tentu, satu dunia dapat melihat apa yang dikatakannya. Ini sudah tentu akan menjatuhkan maruah dan imej negara di mata negara-negara lain.
Sumber rujukanGejala sosial
                               Jenayah siber
 e-Rule, e-Safety, e-Interaction & collaboration, e-Enterprise, e-Care, e-Accountability

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...