OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 24 July 2012

Kalau Di Terengganu Boleh Dengar Bunyi Bedil


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Time-time nak sampai waktu berbuka ini aku akan buka siaran radio untuk dengar orang azan.. Dengar dari radio ni lagi menyakinkan sudah sampai waktunya berbanding ikut jam..

Kalau aku berada di Terengganu sekarang, sudah pasti aku akan berada di muka pintu.. Negeri Terengganu mempunyai keistimewaan kerana ada bukit besar dan bukit kecik ditengah-tengah bandar.. Setiap tahun, penduduk dalam kawasan Kuala Terengganu termasuk aku akan dapat dengar bunyi bedil tanda sudah masuk waktu berbuka.. Dalam bulatan itu lah tempat bedil itu ditembak.. Bedil itu akan mengadap ke laut china selatan..

Dengar je bunyi tu, berlari lah aku pergi ke dapur.. Hehe.. Tembakan bedil untuk waktu berbuka dan bersahur ini sudah menjadi tradisi di Kuala Terengganu.. Warisan turun temurun dari zaman dahulu kala.. ^_^.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...