OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 1 July 2012

Kecuaian Menggunakan Laman Sosial - 1 CITIZEN PORTFOLIO


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Baru sahaja nak mula buat portfolio, dah terima berita yang mengejutkan. Seorang wanita yang disyaki membiarkan bayinya yang sedang sakit bersendirian hingga menyebabkan kematian ditahan polis semalam. Menurut polis dan media, Yumiko Takahashi, 29, melakukan perbuatan itu pada 24 Jun tahun lalu ketika dia leka bersembang di forum internet, walaupun menyedari bayinya menghidapi deman panas. Sehubungan itu, wanita terbabit ditahan atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan kematian.  sumber rujukan - Lulu pages.

Apa nak jadi pada dunia sekarang. Kemudahan internet yang boleh dicapai melalui modem, perkhidmatan internet awam, wi-fi, telephone pintar, siber cafe dan macam-macam lagi membawa beribu kebaikan dan juga beribu keburukan. Berita di atas adalah contoh salah laku penggunaan internet. Membiarkan bayi sakit dan mati akibat leka dengan internet adalah perbuatan yang langsung tidak boleh diterima. Itu benar-benar tindakan yang sangat cuai. " Hilang duit boleh dicari, tetapi hilang nyawa tiada gantinya".

Mohon kepada semua pembaca untuk ambil iktibar dari berita ini. Jangan disebabkan internet, nyawa kita atau seseorang melayang. Gunakanlah internet dengan sebaik-baiknya. Pastikan anda tahu, masa yang sesuai dan tidak sesuai untuk menggunakan internet.

e-Access, e-Safety, e-Literate,  e-Care

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...