OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 9 July 2012

Kerja Bengkel di FKM - Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini hari yang kedua aku berada di FKM, UTeM.. Untuk hari ini kami semua kena buat kerja bengkel.. Apa yang kami kena buat adalah memotong kepingan besi kepada bentuk L dan menebuk lubang pada kepingan besi itu.. Dengar macam mudah kan?? hehe ^_+.

Dulu masa sekolah, aku biasa dah tengok kerja-kerja macam ni.. Kerja ni budak-budak ABM (Amalan Bengkel Mesin) yang buat.. Diorang gunakan mesin dan alatan untuk potong besi menjadi paku, skru, dan lain-lain lagi. Nampak diorang buat macam senang je.. Potong besi, pastu guna mesin buat lubang dan alur. Simple!!

Tapi bila dah merasa buat benda-benda tuu, mahu letih satu badan.. Penat!!.. Daripada sekeping besi nak buat bentuk L.. Jadi kami kena gunakan gergaji untuk potong besi itu.. Korang tahu, potong besi ni bukan senang macam potong kayu.. Besi tu dah la benda keras.. Nak kena potong guna gergaji pula.. Menitik air peluh.. ^_+.. Dah potong cantik-cantik selepas beberapa kali buat pembetulan, kami gunakan mesin gerudi pula untuk menebuk lubang.


Proses menebuk lubang ini kena buat dengan berhati-hati sebab agak berbahaya.. Kena pakai cermin mata keselamatan untuk mengelakkan besi itu melayang masuk ke dalam mata. Selain itu, semasa proses mengerudi, kena letak sedikit minyak.. Ini untuk mengelakkan besi yang panas terkena pada kulit kita yang putih dan gebu itu.. Letakkan minyak pada tempat digerudi itu juga adalah salah satu cara untuk kita menjaga mata gerudi..


Walaupun kerja ini memenatkan, tetapi hasilnya amat memuaskan. Kurang-kurang kami semua dapat merasa dan belajar untuk menghasilkan satu bongkah besi. Pengalaman ini takkan aku lupa sampai bila-bila.. Kredit kepada Lee Yi Ming dan Lew Huey Sin.. Korang berdua memang terbaik.. ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...