OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 1 July 2012

Laman Sosial - 1 CITIZEN PORTFOLIO

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera.. Untuk portfolio ini, saya ingin menyentuh serba sedikit berkaitan laman sosial. Laman sosial boleh ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi internet dan multimedia.

Pembangunan telekomunikasi tanya wayar seperti teknologi wifi dan jalur lebar serta teknologi telekomunikasi 3.5G turut memacu perkembangan dalam langganan dan penggunaan laman sesawang sosial. Perkembangan telefon mudah alih pintar (smart phone), “netbook” ataupun perkakas komputer mini (tablet), telah membuka dimensi baharu yang menawarkan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengekalkan perhubungan tanpa halangan masa ataupun tempat.  

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, gambar, sesawang, video, dan blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Sumber rujukan - Laman sesawang sosial

Contoh laman sosial adalah seperti twitter, frienster, dan yang paling popular sekarang ini, Facebook. Laman sosial ini menpunyai kebaikan dan juga keburukannya. Antara kebaikan penggunaan laman sosial ini adalah mendapat lebih ramai kawan yang baru dan juga dapat menghubungi kawan lama yang mungkin telah terputus hubungan. Selain itu, laman sosial juga boleh dijadikan tempat untuk berniaga dan mengiklankan sesuatu produk. Laman sosial juga boleh dijadikan medium hebahan pelbagai maklumat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Manakala keburukan laman sosial pula adalah pencerobohan hak peribadi oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Pencerobohan ini mungkin akan menimbulkan ketakutan, gangguan emosi dan juga jenayah. Ketagihan atau obses terhadap laman sosial akan menganggu produktiviti dan tanggungjawab terhadap kerja atau pun belajar. Selain itu, mengadap komputer terlalu lama akan menjejaskan kesihatan mata, tulang dan kesihatan mental. Masalah tersebut berlaku kerana aktiviti senaman dan riadah sudah dipinggirkan. Wujud juga masyarakat pasif yang bergantung pada hubungan secara maya sesama anggota masyarakat. Mereka ini kurang bergaul dan beramah mesra dengan ahli keluarga dan sahabat di alam realiti. Sumber rujukan - khirjohariamajid.

e-Literate, e-Rule, e-Ineraction & Collaboration, e-Care

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...