OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 4 July 2012

Logo UTeM yang Terbaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Rasanya ramai lagi yang tak tahu, Universiti kita dah tukar logo kan?? Jadi hari ini aku nak perkenalkan Logo Terbaru UTeM yang tersergah indah ini.. Keseluruhan logo bertemakan UTeM sebagai sebuah Universiti Teknikal yang Kreatif dan Inovatif yang sentiasa menjalinkan hubungan pintar dua hala dengan dunia luar.

Bentuk logo juga yang menggambarkan simbol Q yang bermaksud kualiti sejajar dengan visi dan misi UTeM. Logo ini mempunyai tiga komponen utama seperti berikut yang bercantum membentuk satu logo yang unik.

  1. Lingkaran korporat berwarna platinum dengan nama UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA berukir di dalamnya yang melambangkan UTeM sebagai sebuah institusi pengajian tingggi teknikal yang kukuh, ungggul, bersepadu dan sempurna.
  2. a. Geometri bulatan kreatif dengan warna biri di dalam logo menunjukkan mutu & pencapaian hasil dari sebarang usaha yang dibuat.
          b. Bulatan kecil sebagai titik atau target membentuk pusat logo boleh ditakrifkan sebagai keyakinan
          yang jitu bahawa ilmu berpunca secara mutlaknya dari Yang Maha Esa. Berpunca dari sinilah segala     
          disiplin ilmu dikembangkan.

          c. Bulatan kecil juga turut ditakrifkan sebagai matlamat utama UTeM untuk melahirkan sumber 
          manusia, penjanaan ilmu dan teknologi yang memeberi sinaran kepada alam sejagat melalui gabungan 
          ilmu, amal, dan perkongsian pintar.
     3.  a. Bentuk empat segi menyerupai susunan buku yang melambangkan penglibatan UTeM dalam 
          teknologi maklumat dan usaha untuk mengeluarkan graduan-graduan yang mempunyai pengetahuan 
          teori serta aplikasi yang terkini.
     
          b. Gabungan dua segitiga yang membentuk segiempat dengan 9 jalur laluan komunikasi 2 hala turut  
          melambangkan UTeM akan sentiasa menjalinkan hubungan pintar dan kukuh dengan industri dan 
          masyarakat sejagat.

Warna biru pada logo dikaitkan dengan alam iaitu langit dan air yang menggambarkan sifat mesra alam, mesra masyarakat dan harmonis. Warna biru menonjolkan sifat korporat yang sangat kukuh dan stabil. Dari aspek psikologi, biru dikaitkan dengan keamanan dan ketenangan. Biru juga dianggap warna diraja yang 
melambangkan status yang tinggi.

Warna platinum melambangkan teknologi di alaf baru yang bernilai dan berkualiti serta ianya juga melambangkan ciri daya tahan, saing dan maju. Warna ini juga merupakan warna neutral yang melambangkan realiti pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan industri.

Warna putih melambangkan keluhuran, kemurnian, keikhlasan dan mercu kejayaan.

More info at UTeM Manual Logo

Kredit kepada Sulaiman Utem


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...