OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 4 July 2012

Malam Nifsu sya'ban

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Allhamdulilah, bulan sya'ban sudah pun berada di pertengahannya.. Ini juga bermakna bulan ramadan yang kita semua nantikan akan menjelma tidak lama lagi. Esok, 5/7/2012 adalah bersamaan dengan 15 sya'ban. Jadi esok adalah malam nifsu sya'ban, malam dimana akan ditutup buku segala amalan kita dan akan diganti dengan yang baru.

Andai kata saya telah terkasar bahasa, mengutuk, bersikap kurang ajar dan membuatkan kamu semua terasa. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan. Mungkin ada kesilapan dalam penulisan saya, yang saya sendiri tidak sedari. Kalau ada, jangan malu atau segan untuk memberitahu kepada saya. Saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Bercakap pasal malam nifsu sya'ban, saya ingin mengajak kawan-kawan sekalian untuk muhasabah diri sendiri. Ambil lah sedikit masa sebelum tidur pada hari ini untuk mengingati kembali setiap perbuatan yang telah kita lakukan. Cuba ingat berapa banyak perbuatan baik yang kita lakukan dan berapa banyak perbuatan buruk telah kita lakukan.

Tanya pada diri kita.. Adakah dalam masa satu tahun ini, buku yang berada disebelah kanan itu lebih banyak catitannya daripada buku sebelah kiri?? Atau pun, adakah ianya sebaliknya??.. Adakah segala amalan yang kita lakukan sudah cukup dan melayakkan kita untuk mendapat tiket ke syurga?? ..

"Kita semua tidak tahu pun bila kita akan dipanggil oleh Allah". Apabila ucap ayat tersebut, ramai yang tidak ambil peduli. Ini pun termasuk diri saya sendiri. Kita selalu fikir, pada masa ini dan waktu ini dan saat ini.. Kita tidak akan mati. Jadi ayat itu hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Wahai kawan-kawan dan diri ku sendiri!!!. Insaflah.. Allah hanya perlu berkata "Jadilah" maka jadilah ia.

Allah adalah tuhan yang memiliki diri kita yang hina ini.. Janganlah kita berlagak sombong dan terus lalai didunia ini.. Tak pernahkah kita terfikir, kenapa kita ini dilahirkan didunia dan selepas itu dimatikan pula?. Tak pernahkah kita perasan, ada suatu kuasa yang sangat agung dan kuat yang menciptakan diri kita, kemudian berupaya pula mematikan diri ini?.. Wahai manusia, Dialah Allah yang Maha besar lagi Maha Berkuasa. 


kalau ada salah dan silap dalam tutur bicara ini, saya amat, amat minta tunjuk ajar dari orang yang lagi berilmu dan mengetahui dari saya..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...