OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 6 July 2012

Material Selection - Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini kami semua berpindah pula ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang terletak di taman tasik utama (TTU). Fakulti Kejuruteraan Mekanikal ini terbahagi kepada dua.. Satu Makmal Fasa B, manakala satu lagi dipanggil Cubic. Kedua-duanya tidak lah terpisah jauh sangat pun. Masih dalam kawasan TTU.

Pada hari pertama ini, kami semua belajar menggunakan software yang dipanggil CES EduPack 2010.. Lecture yang mengajar kami tadi bernama MD RADZAI SAID.. Menurut kata-kata lecture, software ini menerangkan penggunaan dan ciri-ciri setiap bahan yang ada beserta dengan harganya sekali. Dengan menggunakan software ini kita dapat mengenalpasti bahan mana yang paling sesuai untuk digunakan dalam sesuatu project atau perniagaan.

Kami telah diberikan satu assignment menggunakan software CES EduPack 2010 untuk menentukan jenis bahan mana yang sesuai untuk dipilih.. Kumpulan kitorang dapat soalan Material for battery casing of Electric Vehicle (EV).  Dengan menggunakan software tersebut, kami bandingkan kekuatan, ketumpatan dan kekonduksian termal bahan tersebut dengan harga. Setelah buat analysis dan perbandingan, kami putuskan bahan yang paling sesuai untuk membina casing battery adalah polypropylene.


Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...