OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 10 July 2012

Mengukur Skru di FKM - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk hari terakhir kami di FKM, kami semua diajar cara untuk mengukur diameter skru menggunakan Pembaris( Ruler ), Vernier Caliper dan Micrometer Screw Gauge.. Mengukur menggunakan pembaris, rasanya aku tak payah lah nak ajar disini. Aku pasti semua orang dah pandai baca ukuran pada pembaris itu kan?? Budak tahun satu pun pandai mengukur menggunakan pembaris.. Takkan lah korang semua tak pandai.. Hehe ^_^

Vernier caliper pula adalah salah satu alat yang digunakan untuk mengukur sesuatu object. Vernier caliper digunakan kerana bacaan pada alat ini lebih tepat berbanding bacaan pada pembaris. Cara untuk menggunakannya senang sahaja.. Mula-mula calibrate alat tersebut dengan cara memastikan nilai 0 pada Vernier dan Main scale itu selari. Selepas itu, letakkan object pada Outside Jaws.. Pastikan object itu dikapit dengan kemas. Baca bacaan pada Main scale dan bacaan pada Vernier. Cara bacaan pada Main scale itu sama sahaja seperti bacaan pada pembaris.. Yang berbezanya adalah pada Vernier, kita perlu cari bacaan yang betul-betul selari dengan Main scale. Seperti contoh diatas yang menunjukkan garisan itu selari pada 0.6mm.. Tambahkan bacaan pada Main scale dan Vernier, maka dapatlah bacaan sebenar bagi object yang diukur itu..

Micrometer Screw Gauge juga adalah salah satu alat untu mengukur. Alat ini lagi tepat berbanding menggunakan Vernier Caliper atau pembaris.. Bacaan pada Micrometer Screw Gauge ini adalah dalam milimeter (mm). Cara menggunakannya adalah dengan meletakkan object yang hendak diukur diantara anvil
dan spindleTapi sebelum tu, calibrate dulu alat tersebut untuk memastikan bacaan kita tidak ada sebarang error... Pusingkan thimble sehingga kemas dan selepas itu pusingkan pula ratchet knob pada arah yang sama sehingga keluar satu bunyi. Anggap bacaan pada gambar dibawah adalah object yang kita ukur tadi..
Pada Main scale itu ada dua bahagian.. Bahagian atas dan bahagian bawah. Bacaan pada bahagian atas adalah 1 mm manakala bacaan pada bahagian bawah itu adalah 0.5 mm.. Bacaan pada Vernier scale pula adalah 0.01 mm.. Jadi bacaan yang kita dapat berdasarkan gambar diatas adalah 7.5 mm + 0.22 mm.. Hasilnya adalah 7.72 mm.. 0.22 mm itu adalah bacaan pada Vernier scale yang selari dengan Main scale..

Selesai sudah tugas di FKM.. Terima kasih kepada lecture-lecture yang sudi mengajar kami semua.. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...