OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 12 July 2012

Mesin Larik - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni aku tak ada banyak sangat info untuk diperkatakan. Apa yang kami semua buat adalah belajar teori tentang welding, mesin larik dan proses-proses yang terlibat. Jadi malam ni aku nak ceritakan sikit pasal mesin pelarik .



Aku dah kenal mesin diatas sejak dari sekolah menengah lagi.. Mesin ni, budak-budak ABM guna.. Kalau tak silap aku, harga mesin ni dalam 10 ribu..( betulkan kalau aku salah ).. Mesin pelarik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel kejuruteraan. Mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18 lagi. Mesin pelarik pertama yang boleh memotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api ada awal kurun ke-19. Sejak itu, mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia, mesin ini amat popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin.

Sebelum akhir kata, aku ingin kongsi gambar orang sedang melakukan proses welding..  Saksikan..



Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...