OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 1 July 2012

Penggodam - 1 CITIZEN PORTFOLIO

 Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).

Terdapat beberapa cara yang berulang kali digunakan oleh penjenayah komputer dan pakar keselamatan:
  • Eksploitasi keselamatan
Aplikasi yang disediakan untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang diketahui.
  • Penghidu paket (Packet sniffer)
Satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, yang boleh digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian.
  • Rootkit
Satu kit alat yang menyorokkan fakta bahawa keselamatan komputer telah terjejas. Kit alat ini mungkin termasuk pengganti untuk dedua system supaya mustahil untuk pengguna sah mengesannya dengan melihat pada jadual proses.
  • Kejuruteraan sosial
Meyakinkan orang lain untuk memberikan apa-apa bentuk maklumat mengenai suatu sistem, kerap kali dengan dakwaan palsu. Contoh ketara ialah menanya seseorang mengenai kata laluan atau akaun mereka dengan menyamar sebagai seseorang. Contoh yang lebih licik ialah menanyai mengenai barangan promosi atau rujukan teknikal mengenai sistem syarikat, mungkin dengan berpura-pura sebagai wartawan.
  • Kuda trojan
Program ini direka kononnya untuk membuat suatu perkara, seperti satu perisian sah, tetapi sebenarnya melakukan perkara lain. Tetapi ia tidak semestinya program jahat. Kuda Trojan boleh digunakan untuk membuka pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun dan menjalankannya juga kadang kala dipanggil kuda Trojan. Nama ini berasal dari Kuda Trojan. Lihat juga Pendail.
  • Virus
Virus merupakan program yang menyalin dan menyebarkan diri dengan memasukkan salinannya ke dalam kod atau dokumen yang boleh dilaksanakan. Oleh itu, virus komputer berkelakuan serupa dengan virus biologi.
  • Pengimbas kerentanan (Vulnerability scanner)
Alat yang digunakan untuk memeriksa komputer dalam rangkaian dengan cepat, jika ada kelemahan yang diketahui. Penggodam juga biasanya menggunakan pengimbas port (port scanner). Program ini memeriksa port mana pada suatu komputer yang “terbuka” atau boleh digunakan untuk memasukinya, dan ada kalanya mengesan program yang menggunakan port tersebut, serta versinya. (Nota: Dinding api mempertahankan komputer dari penceroboh dengan mengehadkan capaian masuk dan keluar kepada port/mesin, namun ia masih boleh dipintas.)
  • Cacing (Worm)
Seperti virus, program cacing boleh menyalin dirinya. Bezanya ialah cacing tidak mencipta berbilang salinan dirinya pada satu sistem: ia membiak melalui rangkaian komputer. Ia boleh dibandingkan dengan bakteria dalam biologi. Ramai orang menggabungkan istilah "virus" dan "worm", dan menggunakan keduanya untuk memperihalkan mana-mana program yang merebak. Ini kerana sesuatu program itu boleh jadi mempunyai ciri-ciri kasar kedua-dua cacing dan virus.
 
Sumber rujukan - wikipedia
 
e-Access, e-Literate, e-Rule, e-Safety, e-Interaction & collaboration, e-Care, e-Accountability, e-Enterprise 
 
Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...