OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 19 July 2012

Penilaian Lecture untuk Single Phase Wiring - Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Mengikut jadual, praktical untuk Single Phase Domestic Wiring sepatutnya tamat esok.. Tetapi disebabkan kitorang ni PRO, haha..* Pro lah sangat, maka praktical untuk wiring sudah pun tamat hari ini..

Pada awalnya, Wiring ni agak susah dan memenatkan.. Tetapi setelah melihat apa yang kami lakukan selama seminggu ini mendatangkan hasil, terbit kepuasan dalam diri ini.. hehe.. Mana tak nya?.. Macam-macam masalah yang kami perlu atasi untuk mendapatkan hasil yang terbaik..

Antara masalah yang kami hadapi semasa menjalankan Penilaian adalah kipas tidak berfungsi dan sambungan Wire Neutral dan Live terbalik pada CB. Mujurlah masalah pada bahagian lampu sempat dibaiki hasil bantuan budak diploma.. Kalau tak, bertambah lah masalah semasa penilaian itu..

Penilaian kami dilakukan oleh EN.SAFIRIN.. Katanya, Proses pembetulan semasa penilaian ini hanya dilakukan sebanyak tiga kali.. Kalau lebih, markah akan ditolak.. Kalau project tak running, maka dapatlah telur ayam( 0 markah ).. Masalah yang timbul tadi banyak dari kecuaian semasa proses penyambungan..

Masalah pada kipas, kami sebenarnya lupa untuk sambung wire live dan neutral.. hehe.. Patutlah kipas tu tak berpusing.. Kami dah buat troubleshoot beberapa kali pada kipas itu dengan menggunakan multimeter.. Sambungan dah betul, power dah sampai.. Tapi, kenapa masih tak jalan??.. Bila buka body kipas tu baru tahu.. Nah kau.. wire tak sambung.. Adoii.. Nasib baik sempat cover, kata wire live tercabut.. Hehe.. ^_+

Masalah wire terbalik tu fikir sendiri je lah penyelesaiannya.. Cuma masalah pada lampu perlu diambil berat.. Pastikan korang faham macam mana litar pada bahagian itu berfungsi.. Ini kerana kita menggunakan 3 switch.. Satu intermediate switch dan dua 2 way switch.. Faham kan betul-betul cara sambungannya agar lampu itu menyala mengikut kehendak lab sheet..
 2 way switch - in switch on condition
intermediate switch - Position 1 is switch off
                                 - Position 2 is switch on

 Proses penilaian
 Selepas dah dinilai..
 Ini masa kami mengganas untuk cabut balik semua peralatan
 Dan ini hasilnya

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...