OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 12 July 2012

Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Korang semua pasti dah penat asyik baca pasal kisah Kursus Amalan Kejuruteraan kan?? Hehe.. Maaf ya.. Sekarang ni aku kurang pergi jalan-jalan.. Jadi tak ada banyak lah cerita menarik.. ^_^ ..Untuk entri kali ni, aku buat khas untuk Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka.


Aku ingin promosikan Philea Resort & Spa kerana diorang telah berikan secara percuma Bubur Lambuk yang sangat sedap petang tadi. Terima kasih banyak-banyak Philea Resort & Spa.. Hehe.. Bersempena Bulan Ramadan yang mulia ini, Philea Resort & Spa telah menyediakan buffet berbuka puasa yang sangat menyelerakan. 


Nama buffet berbuka puasa ini adalah 388 Citarasa 1Malaysia. Antara hidangan yang disediakan adalah Bukhara Lamb, Shawarma, GearboxSoup, Pasembur, Mongolian Hot Plate dan banyak lagi.. Hidangan buffet ini akan bermula pada 21 July - 18 august 2012. Masa hidangan pula adalah dari pukul 6.45pm sehingga 10.00pm. 


Bayaran untuk orang dewasa adalah RM72, manakala untuk kanak-kanak adalah RM40.. Sebarang tempahan, sila call 06 232 8336 atau email fb@phileahotel.com. 


Alamat - Philea Resort & Spa, Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Tol, 75450 Ayer Keroh, Melaka. 


Peta untuk Philea Resort & Spa - Tekan disini.. -google map-








Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...