OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 19 July 2012

Praktical Wiring Hari ke-2 dan 3 di FKE - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Untuk hari kedua dan ketiga, kami hanya menghabiskan masa menarik wayar-wayar yang akan disambungkan pada Circuit Breaker( CB ) dan menjalankan Wiring Testing.. Wayar-wayar ini tidak boleh ditarik sebarangan.. Ada cara sambungannya..
MCB-Miniature Circuit Breaker

MCCB-Residual Current Device

ELCB-Earth Leakage current breaker

Untuk Socket Switch Outlet (SSO) – 13A ada dua cara sambungan.. Ring dan Radial.. Contoh sambungan Ring dan Radial adalah seperti dibawah.. Kelebihan sambungan secara Radial adalah menjimatkan cost dan sambungan yang sangat senang.. Manakala kelebihan sambungan secara Ring pula apabila satu rosak, yang lain boleh digunakan lagi.. Kekurangan sambungan secara radial adalah apabila satu rosak, semuanya akan rosak.. Kekurangan sambungan secara Ring pula adalah cost yang mahal dan sambungan yang agat rumit.

Wiring Testing pula ada 5 jenis:


1) Continuity test
2) Polarity Test
3) Insulation resistance test
4) Ground electrode resistance test
5) RCD test


Tujuan testing ini adalah untuk menguji sama ada semua sambungan telah disambung dengan betul. Selain itu, ianya juga untuk memastikan nilai rintangan dan saiz cable memenuhi syarat oleh Suruhajaya Tenaga Malaysia. Pengujian ini menggunakan Multimeter dan Megger meter..

Megger meter

Ini gambar-gambar semasa kami melakukan wiring dan testing...








Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...