OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 3 July 2012

Project Management - Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini kami semua bergerak ke kampus bandar.. Untuk pengetahuan anda semua, UTeM sekarang ini mempunyai 3 kampus... Kampus utama, kampus bandar dan kampus industri. 


Kampus utama yang berada di durian tunggal menempatkan 4 fakulti, iaitu FKE, FKEKK, FKP, dan FTMK.. Kampus Bandar untuk budak-budak Fakulti Teknologi Pengurusan dan Pembangunan (FTPP). Kampus ini terletak di bandar Hang Tuah Jaya. Kami semua panggil melaka raya je disini. Manakala kampus industri yang baru sahaja siap di Taman Tasik Utama menempatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). 


Di kampus bandar, kami belajar lagi sesuatu yang baru iaitu Project Management. Project Management ini adalah satu bidang dimana fungsinya adalah untuk menguruskan sebarang project dari mula sehingga akhir. Ianya sangat berguna untuk digunakan bagi menyiapkan sesuatu project mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan tanpa ada keciciran. Project Management ini mempunyai 3 sumber. Sumber yang pertama adalah orang atau manusia. Yang kedua adalah masa dan yang ketiga adalah kewangan atau kos
Ketiga-tiga ini saling berkait antara satu sama lain. Software yang biasa digunakan untuk membuat project management adalah Microsoft Office Project. 


Senang cerita, project management ini bertindak sebagai carta aliran (flow chart) sesuatu project. Kita dapat melihat bagaimana sesuatu itu berlaku pada masa yang kita tetapkan, siapa yang terlibat, dan berapa kos keseluruhan yang diperlukan bagi sesuatu project. Kita juga dapat memeriksa sama ada sesuatu perkara tersebut pun telah siap.. Proses ini dipanggil Milestone (batu lonjatan). Esok aku akan cuba terangkan macam mana nak uruskan sesuatu project dengan menggunakan Microsoft Office Project.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...