OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 5 July 2012

Project Management presentation - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Untuk hari kedua, kami buat sedikit presentation pasal project management. Seronok buat aktiviti tersebut. Sebelum saya ceritakan apa yang berlaku, saya ingin minta maaf sebab tak dapat buat entri berkaitan penggunaan Microsoft office project. Saya tak dapat excess untuk guna software itu.. Maaf sangat-sangat.

Untuk presentation ini, kami dibahagikan kepada kumpulan yang mengandungi 10-13 orang ahli. Tajuk project kami adalah Lawatan Industri Ke Empangan Kenyir .. Lecture kami iaitu Encik Bert, meminta kami buat satu project yang mengandungi WBS dan gantt chart . WBS ini adalah work breakdown structure. Untuk senang faham apa itu WBS.. Jom kita lihat pada gantt chart. WBS ini bertindak sebagai sub task pada gantt chart itu. Sub task itu berada di column sebelah kiri..
Gantt chart
Sepertimana yang telah kami belajar.. Untuk perkahwinan, mestilah ikut aturannya. Mesti ada resepsi, pertunangan dan merisik. Dalam resepsi ada pula perkara yang perlu dilakukan. Contohnya seperti, tempah khemah, tempah catering, tempah cincin dan lain-lain lagi.. Resepsi, pertunangan dan merisik itulah WBS.

Gantt chart pula adalah salah satu cara yang telah dicipta oleh orang-orang yang pandai untuk menguruskan sesuatu project dengan baik dan mudah. Gantt chart ini sangat sesuai digunakan untuk project yang besar dan complex. Pada bahagian kanan di dalam gambar diatas, kita boleh nampak timeline atau susur masa sesuatu project. Dengan menggunakan timeline tersebut kita dapat memastikan project itu berada di landasan yang betul mengikut jadual.

Dibawah ada sedikit gambar semasa kami dalam proses perbincangan di UTC melaka ..










Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...