OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 23 July 2012

Relay Control - Kursus Amalan Kejuruteraan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni aku nak sambung kembali cerita pasal Kursus Amalan Kejuruteraan di UTeM.. Hari ini kami buat modul Relay Control.. Relay control ni cara sambungannya lebih kurang je macam wiring yang aku buat minggu lepas..Yang bezanya adalah litar itu dibuat dalam skala yang kecil..

Senang je dan tidak meletihkan.. Tapi apabila kerja yang senang ini tak dapat diselesaikan, memang menguji tahap kesabaran.. Rasanya nak putus asa je buat troubleshoot cari apa yang silap.. Puas cari tapi tetap tak jumpa.. Haiss.. sabar je lah..

Tapi takpe lah.. Esok ada lagi.. Rasanya betul kata technician itu, kerja ni kena buat relax je.. Tak payah buat cepat-cepat sangat.. Buat laju-laju ni risikonya adalah apabila ada yang salah susah nak kesan dan betulkannya kembali.. Last-last kena cabut semua dan pasang kembali. huhh.. Geleng kepala..

Hari ni gambar pasal Relay Control tu tak ada.. Niat nak ambil lepas siap.. Tapi apabila dah jadi macam ni.. Dah tak teringat nak ambil gambar tu.. Insyallah esok, aku akan cuba ambil beberapa gambar untuk tunjuk apa itu Relay Control..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.  


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...